Mereka Di Sana

Monday 29 April 2013

✿ Mudahnya Memasak >> Part 19 ✿


Ni gamba KEK SARANG SEMUT yang mamAuni buat hari ahad semalam.

Bahan2
125 gram mentega
4 biji telur
1 1/4 cawan gula
1/4 susu pekat
1 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
2 sudu kecil soda bikarbonat

**mamAuni tambah sesudu makan browning sugar untuk warna yang lebih gelap.
**untuk peringatan mamAuni sendiri : mamAuni guna cawan plastik y ada kat umah tu..hihi 

Cara2
1. Cairkan mentega. Ketepikan.
2. Goreng gula sehingga hancur, masukkan air panas dan gaul sebati. Kemudian masukkan mentega ke dalam adunan gula. Biarkan adunan gula + mentega sejuk.
3. Pukul telur hingga kembang.
4. Masukkan susu pekat ke dalam adunan. Gaul sebati.
5. Masukkan dan ayak tepung gandum dan soda bikarbonat ke dalam adunan telur + susu tadi. Gaul sebati.
6. MamAuni tambahkkan browning sugar di dalam adunan. Gaul sebati.
7. Masukkan adunan gula + mentega tadi.
8. Letakkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan minyak.
9. Perap adunan selama 3-4 jam (mamAuni perap 3 jam je). Perap lebih lama kek lagi banyak lubang2 sarang2 semut tau...hihi
10. Pastu last sekali mamAuni bakar adunan pada suhu 170 celcius - 45 minit guna api bawah sahaja dan 20 minit guna api atas bawah.


pandangan atas kek sarang semut
Penampakan lubang2 sarang semut pada kek..:D

No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿