Mereka Di Sana

Friday 20 January 2012

✿ Bib Baru Auni ✿

Bulan ni baby Auni dah cecah umur 6 bulan dah..so, mamAuni dah start bagi makan dia..mamAuni sebenarnya takde pengalaman langsung dalam penyediaan bubur baby ni sbb baby Auni ni adalah anak pertama. MamAuni sediakan bubur blend untuk dia yang belum tumbuh gigi lagi..sian dia kalau bagi benda keras taklehlah nak kunyah kan. MamAuni masukkan sayur ngan lauk dalam bubur dia.Antara sayur-sayur yang mamAuni masukkan ialah bayam, carrot, labu, brokoli dan ubi kentang. Lauknya pula setakat ni mamAuni cuma masukkan ikan bilis ngan ayam je. Selain itu juga, mamAuni turut masukkan kismis lam bubur dia, Insyaallah dapat membantu perkembangan otak dia. Alhamdulillah setakat ni dia nak jer makan bubur tu..paling dia suka kalau bubur labu + ikan bilis.

Bila mamAuni rasa bubur dia ni, amatlah tawar..mamAuni plan nak tambah bovril kat bubur dia ni. Sebenarnya mamAuni tak pasti samada bovril ni sesuai ker tak untuk bayi usia cam baby Auni ni..selain itu, nak sangat2 tau status kehalalan bovril ni..ada logo halal ker tak kat botol dia tu? Semua tempat mamAuni cari..supermarket n farmasi..cari punya cari rupanya ada jual kat satu kedai bayi ni, malangnya time tu tak ada plak stok..alamatnya lepas tahun baru cina lah baru boleh tengok botol dia.hrmmmm

Bab makan ni baby Auni selalu comot, dia ni kalau makan banyak aksi dia..mamAuni letak dia dalam walker, tak payah lah mamAuni nak pegang dia. Kadang2 sambil2 makan tu boleh pulak dia masukkan jari dia lam mulut, baby Auni ni sangat suka hisap jari sebenarnya. Selain tu juga dia suka gak pegang sudu, kalau dia dah pegang sudu tu terjadilah adegan tarik menarik sudu tu dengan dia..hihi. Pinggan plak kalau boleh jangan letak kat walker, alamatnya akan ditumpahkan oleh baby Auni.

Masa lahir tu baby Auni dapat hadiah bib gak, bib y ada 3 dalam satu pakej tu.Mula2 mamAuni tak tau apa gunanya bib tu, sehinggalah baby Auni makan baru lah mamAuni tahu kepentingan bib ni.Tapi susah jgklah, baby Auni ni makan 3 kali sehari. Setiap kali dia makan mesti bib tu jadi kotor, memang benda tu susah nak cuci n tunggu dia kering plak, esoknya dia nak guna lagikan. Takkan lah nak beli banyak2, macam baju lah plak. Semalam mamAuni ada belikan dia bib baru, material bib ni senang ckit nak cuci n xyah keringkan, cuma lap2 jer..mamAuni nak sebut bib ni buat dari apa pun tak tau. Pada awalnya mamAuni nak beli kaler pink, tapi bila fikir2 balik baik beli warna biru. Kut2lah pasni dapat baby boy plak..hihihi

Jum layan gambar kat bawah ni.

Auni ready untuk makan

Nampaknya Auni suka ngan bib baru ni...hihihi

Bib baru lebih senang nak kering!!!!

glitter-graphics.com

2 comments:

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿