Mereka Di Sana

Tuesday 15 May 2012

✿ Anak lelaki VS Anak perempuan ✿

mamAuni terbaca satu artikel mengenai perbezaan antara anak lelaki dan anak perempuan kat web PA&MA. Kalau nak baca artikel penuh mengenai bendani leh klik sini. MamAuni baru je ada anak sorang perempuan..jadik mamAuni takleh lah bezakan sangat antara anak perempuan ngan lelaki ni..tak tau lah benda ni betul ker tak..jum baca sama2 apa perbezaan tu...

Lelaki (Berdasarkan pemerhatian mamAuni ke atas anak sendiri)
• Anak lelaki sangat suka memerhatikan pergerakan tubuh manusia. Mereka menggemari sesuatu yang dinamik dan anak lelaki lebih cepat pandai berjalan.(Owh ni tak pasti..yang pastinya umur 10 bulan Auni lum lagi jalan)
• Sejak dari kecil, jika diperhatikan bayi lelaki lebih kerap menggeliat, menendang kakinya dan bergerak lebih aktif berbanding bayi perempuan.(Auni memang malas nak bergerak, kalau duduk dalam walker tu dia leh duduk lama2 tak bergerak melayan mainan yang ada kat tangan dia)
• Anak lelaki lebih mudah tersentuh hatinya berbanding anak perempuan. Memujuk anak lelaki yang menangis adalah lebih lama berbanding anak perempuan.(Ni tak pasti camana nak buat perbandingan..kalau nangis tu leh je pujuk dia, bagi dia pegang benda dia suka, diamlah tu)
• Anak lelaki juga lebih menyukai kehadiran orang lain, terutama kelompok yang seusia dengannya. Tidak hairanlah, apabila menginjak dewasa mereka gemar membentuk persahabatan secara berkumpulan.(Auni mmg tak suka ramai orang, apalagi kalau org yang tidak dikenali)
• Dalam satu kajian yang dilakukan kepada bayi berusia 3 hingga 12 bulan mendapati, bayi lelaki lebih pantas memberikan respons positif kepada suara-suara keras. Manakala bayi perempuan pula menunjukkan reaksi takut bila mendengar bunyi-bunyian yang agak keras dan garang itu. Ini jelas membuktikan bahawa anak lelaki lebih berani berbanding perempuan. (Yup betul, auni akan nangis lau dengar bunyi guruh ataupun bunyi pintu tutup kuat)

Perempuan
• Walaupun baru lahir, bayi perempuan akan cuba menjaga kontak mata dengan ibunya. Dan dalam komunikasi pula, anak perempuan lebih cepat mengeluarkan kata-kata pertama berbanding anak lelaki. (Auni memang suka bercakap pun, bising jer mulut dia...mmg dari lahir camtu. Tapi kalau ramai org dia diam2 jer, pandai plak dia malu. Ingat lagi masa mula2 lahir tu datuk dia melawat kat hospital dan agah dia terus wat bunyi.)
• Lebih bijak menggunakan tangannya. Jadi tidak hairanlah apabila anak perempuan dilihat lebih cepat bermain dengan pelbagai alat permainan maenggunakan senduk dan garpu walaupun dalam usia yang terlalu kecil dan lebih cepat mampu menulis dengan rapi. (Umur 4++ bulan Auni dah pandai tutup buka tangan dia bila nyanyi lagu "kap2 udang", skang dia dah lupa benda tu,,,umur 6++ bulan dia dah pandai lambai dan tepuk tangan dah)
• Anak perempuan juga lebih peka mengesan suara atau bunyi-bunyian. Anak perempuan lebih tertarik dengan suara manusia berbanding bunyi lain. Cuba anda bunyikan loceng kepada sepasang bayi berlainan jantina. Anda tidak dapat melihat perbezaan yang jelas antara respons bayi lelaki degan bayi perempuan. Tapi, cuba anda mengeluarkan suara seperti sedang berbual. Bayi perempuan akan menunjukkan minatnya untuk berbual dengan anda. (Auni mmg lagi tertarik dengan mainan yang ada bunyi2, dan lagi cepat ketawa kalau kita agah dia sambil nyanyi2..kalau bercakap dengan dia pun suara kena slow ckit..penah sekali tu dia nangis dengar ayah dia agah dia, volume suara ayah memang kuat pun..mungkin Auni ingat ayah sedang marah dia kut..)
• Anak perempuan juga lebih tertarik untuk memerhatikan wajah seseorang, khususnya wajah lembut para ibu. Mereka lebih bijak membaca emosi orang lain. (Auni memang suka perhatikan wajah orang, umur 4++bulan dia dah cam dah org2 y selalu dengan dia..that's why lah orang2 terpilih jer boleh ambik dia..kalau dia rasa org tu lain sikit, confirm awal2 kena reject dah..dari pemerhatian mamAuni sendiri, kebanyakan y kena reject ni lelaki..hihihi)

2 comments:

  1. btul2..stju ngn entry ni.anak ppuan lbh snang d jaga bbnding anak llaki y lbh aktif =)...juz pndpt cz nira lum kawin lg =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nira..mamAuni pun rasa camtu..harap2 pasni ada rezeki jaga anak lelaki plak..:D

      Delete

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿