Mereka Di Sana

Thursday 10 May 2012

✿ Serius mamAuni risau ✿


Orang cakap kita jangan mengeluh jika dikurniakan anak lagi walaupun menghadapi kekangan kewangan yang di tahap kritus. Sebab sekiranya kita mengeluh itu juga membawa maksud kita menidakkan rezeki yang telah Allah tulis untuk anak tersebut. Alhamdullilah semenjak adanya Auni ni, rezeki keluarga kami makin bertambah2..baru2 ni pun ayah Auni baru je dinaikkan pangkat seiring dengan kenaikan gaji 13% yang baru diumumkan PM.
 
Naik pangkat bermaksud bertambahlah tanggungjawab untuk digalas oleh si ayah. Dek kerana kenaikan pangkat itu jugaklah, ayah Auni menerima surat posting ke Batu Niah, Miri. Pertama kali, mendengar berita ni mamAuni tak tau nak bersorak gembira ataupun sebaliknya. Gembira mungkin kerana lebih dekat untuk kami sekeluarga balik kg..tapi yang pastinya ofkos mamAuni sangat2 risau tahu!!! macam2 yang bersarang kat fikiran ni..

"ada ke kekosongan jawatan aku kat sana??"

"kalau aku tak leh posting tepaksalah ayah Auni ulang alik sini lawat kitorang.."

"wah Batu Niah punya jauh dari Bandar Miri, kalau aku dapat kerja kat miri pun takkan nak ulang alik dari Niah lak..."

Sebenarnya kitorang memang ada perancangan nak pindah, tapi bukanlah Miri jadi pilihan.Kitorang memang plan dah nak pindah ke KK dan dahpun beli rumah kat sana. Tapi plan tu bukanlah sekarang tahu, rumah tu pun masih dalam pembinaan dan akan siap 2014.

Ayah Auni dah mintak tangguh dah, tapi tak tahu sampai bila leh tangguh. Kalau ayah Auni dah posting t, terpaksa jugaklah mamAuni pun isi borang posting gak, tupun tak tau akan dilayan dengan cepat o tidak. So, buat masa ini mamAuni sediakan mental dan fizikal untuk hidup berjauhan dari suami sendiri. Nasib baik mamAuni pandai gak bawak kreta. Kalau tak camena nak g kerja, nak bawak anak g klinik...wuarrrgh..dah lah sedara mara jauh gila...:(((. Untuk sedapkan hati sendiri, setiap kali orang tanya macamana mamAuni nanti, nilah selalu jawapan yang mamAuni berikan...

"takpe, nanti2 pindah jugak dari Kuching ni, ok pe Miri dekat nak balik kg..."
 


3 comments:

  1. xpe akak, ade himah tu :)
    alhamdulillah bertambah rezeki ^^
    mun visit u back :)

    ReplyDelete
  2. im sorry xleh follow, line mun lombap sgt. huhu :( next time mun follow..

    ReplyDelete
  3. thank dik humaira..ye..
    setiap yang berlaku tu ada hikmahnya..:D

    ReplyDelete

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿