Mereka Di Sana

Monday 15 April 2013

✿ Bakal Beranak Buah Kembar ✿

Entry sebelum ini mamAuni pernah cerita keinginan untuk beranak kembar...klik sini..

Hakikatnya bukan mamAuni sorang sahaja yang teringin untuk beranak kembar, kakak mamAuni pun sama hinggalah satu saat dia pernah minta seorang makcik yang pergi ke Mekah untuk mendoakannya supaya dikurniakan si kembar...

Tahun ini, mak mamAuni bakal mendapat tambahan 3 cucu...I.Allah supaya semuanya selamat seperti yang direncanakan...
Namun, semalam mamAuni terima satu pengkhabaran yang agak mengembirakan...bukan 3 sebenarnya tapi bakal 4...kakak mamAuni yang baru melangsungkan perkahwinan tahun lepas dikhabarkan bakal menimang si kembar (bukan kakak mamAuni yang minta didoakan di Mekah tu...hihi...)

Sebelum ini, kakak mamAuni pernah mengadu mengenai morning sickness yang dialami, pastu pertambahan berat badan di samping kehairanan kenapa perut dia seolah2 mengalami pembesaran luar biasa...di usia kandungan 2 bulan kain baju kurung dah tak boleh di zip katanya...

Hokey luar biasa bagi mamAuni, sebab mamAuni masih memakai baju kurung yang dipakai semasa belum pregnant di ketika kandungan berusia 6 bulan..

Hakikatnya, mamAuni gembira dan teruja kerana walaupun bukan mamAuni yang mengandungkan si kembar, tetapi bakal menerima anak buah kembar....hihi..ofkos juga di saat sedang mengandung ni ada sedikit rasa cemburu dan terimagine yang diri juga mengandungkan si kembar...namun yang pastinya mamAuni dah scan kandungan ketika 3 bulan dan hanya ada satu bby saja dalam pewot ni...

Mungkin anak ketiga nanti kembar...siapa tahu?sebab kakak mamAuni dah mengandung si kembar, makcik mamAuni pun kembar...means mamAuni pun ada genetik kembar..ye tak??hihi

Tapi mamAuni masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasai kemanisan pengalaman mengandung kali kedua...dan terasa kandungan ini sentiasa dipermudahkan oleh Nya...dan terbukti mamAuni tidak mengalami alahan yang teruk..

Di saat mamAuni tergidam linut @ ambuyat setelah melihat gambar makanan tersebut di post di FB peribadi teman, dan termasuk juga teringin untuk makan sup ikan tahai atau lebih dikenali panggilannya sebagai "tahai bedadah"...di saat itulah juga Dia telah mengirimkan abg mamAuni untuk berkursus di Kuching untuk membawakan makanan-makanan tersebut..tanpa mamAuni perlu membeli nya sendiri...

Allahu Akbar..Allah itu Maha Besar...hanya kadang2 mamAuni sebagai hambanya sahaja yang terlupa untuk bersyukur dengan kemudahan yang dberi olehnya ketika mengandung ini...

Syukur ya Allah kerana memberi peluang untuk mamAuni merasai pengalaman mengandung lagi...Engkau permudahkanlah urusan mamAuni dan kakak2 mamAuni sepanjang tempoh mengandung ini...Amin

No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿