Mereka Di Sana

Monday 1 April 2013

✿ Diari Pregnancy #Page 3# ✿

baru ada peluang nak update entry sal pregnant ni...bby time ni 16 weeks...

Pregnant kalini ada berlainan ckit dari yang first
Cekup buat test VDRL dan gula
hari yang sama buat kedua2 test ni

VDRL TEST (Venereal Disease Reaction Level)
nurse tu cakap ada kuman kat ujian darah rutin yang dijalankan untuk ibu mengandung tempohari
dia cakap kuman VDRL
ok konfomlah mamAuni sedikit risau
mamAuni pun xtau pe benda nya VDRL tu
nurse tu bagi mamAuni dua kertas ujian makmal dan suh mamAuni refer doktor haritu jugak
satu kertas tu tulis dalam darah mamAuni ada kuman VDRL - "weakly reactive"
pemahaman mamAuni dengan "weakly reactive" kuman tu ada tapi dalam stage yang lemah
pastu kat kertas ujian satu lagi pengesahan kuman VDRL tu sekali lagi - Negative

Time jumpa doktor tu, doktor tu explain apa itu VDRL
untuk pemahaman semua VDRL tu dalam bahasa bukan saintifiknya ialah penyakit siflis
doktor tu suh mamAuni cek sekali lagi coz untuk memastikan samada darah mamAuni betul-betul xde kuman VDRL ni

Time kat makmal ambik darah..
Pekerja makmal tu cakap..selalu kalau dah cek kali kedua dah negative mmg xde
Dia pun x paham kenapa doktor suh cek lagi sekali...
Tapi oleh kerana dia bukan doktor dia ambik je lah darah mamAuni untuk wat test VDRL sekali lagi
Menurutnya kadang-kadang ujian ni detect VDRL ni bukan apa
Hal tu disebabkan darah bby dan ibu berlainan katanya
Bukan sebab ada sifilis ker ape
Ok mamAuni cuma dengar tanpa mengiakannya sebab mamAuni pun bukan doktor
Dan mamAuni pun xde pengalaman kerja kat makmal darah ni
hua hua hua

Result VDRL on 25/03/2013 -NEGATIVE.

Cek gula
Semata-mata doktor tu tengok kelahiran Auni yang besar 3.8kg
Dan dia gak tanya samada ada keluarga hidap diabetes
Dan mamAuni pun tak semena2 tercakap ada iaitu mak mamAuni sendiri
(Benda yang mamAuni menyesal sangat2, kalau tau x cakap)
Benda yang tidak tercatat di dalam buku mengandung yang lepas
MamAuni terfikir-fikir cara penilaian doktor tu agak tak lojik
Tak semestinya baby besar ada masalah gula kan
Lagi satu bukan berat badan mamAuni nek mendadak ponnn..
Nurse tu siap komplen lagi kenapa berat badan turun 1 kg..haiiisssh..musykil2
 Tak pasal-pasal doktor tu suruh cek gula
Minum Air Gula???ingat sedap...rasa gula semata2
Dan berpuasa start 10 malam malam sebelum ambik darah..
Tapi oleh kerana mamAuni bukan doktor jadi ikut jelah..

Result Gula on 25/03/2013 - paras gula adalah NORMAL. 

Kesimpulannya di sini...

Sebenarnya bersyukur memang xde virus2 VDRL ni..kalau x semena2 dengan ayah Auni pun kena cek jugak...pastu bersyukur jugak paras gula sebenarnya normal jer..

tapi sebenarnya kedua-dua ujian ni sangat membuang masa mamAuni..
dan dalam hari yang sama cek dua-dua ujian ni...
ofkos lah rasa tensen...
tem ambik ujian ni x semena2 balik umah tu pening sangat
tapi rasanya bukan pening sebab ambik darah banyak sangat
pening sebab LAMA sangat menunggu kut

dan nak ambik result dua2 test ni pun kena tunggu lama kat depan pintu doktor
dari kul 8 hingga kul 11 terconggok kat depan tu tunggu nombor
untuk tunggu keputusan yang semuanya sebenarnya NORMAL...

SEKIAN, CEKUP MENGANDUNG YANG SANGAT MEMBOSANKAN...




 


No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿