Mereka Di Sana

Thursday 23 October 2014

✿ Madu Tualang ✿

Baru2 ni mamAuni selalu je cepat rasa penat dan letih...

Tengah2 pikir camana nak pulihkan diri supaya tidak cepat n letih...

Pikir nye pikir rasa baik amalkan makanan sunnah,,,so mamAuni terpikir nak makan madu, n beli lah madu tualang yang jual kat kios jualan barang2 kecantikan n kesihatan yang ada kat mall2 tu..

Apa itu madu tualang?

Madu ni banyak madu...ada madu kelulut, madu putih, madu manuka dan banyak lagilah..bila search kat tenet plak...madu tualang plak adalah sejenis madu yang diperolehi di hutan daripada sarang lebah yang ada kat pokok yang sangat tinggi. Tualang ni sebenarnya sejenis pokok yang besar dan tinggi...dan madu ni dipanggil madu tualang sempena nama pokok tu...walaupun hakikatnya madu ni ada yang diperolehi daripada pokok dari jenis lain yang jugak besar dan tinggi...tapi tetap jugak dipanggil madu tualang, nak senang cite lah guna satu nama tualang jelah..hihi

Amalan mamAuni?

Amalan mamAuni makan maduni sepertimana yang disarankan oleh packaging madu tualang.

1. Makan sesudu sekali sehari di waktu pagi sebelum breakfast (sesuai lah dengan kemalasan mamAuni kalau makan berkali2 konfom tak ikut jadual nye, so mamAuni mkan sebelum turun kerja).

2. Makan dengan sudu plastik - bila baca packaging tu dia suruh mamAuni guna sudu plastik. Kenapa sudu plastik? Hasil research mamAuni dengan en google, sudu plastik ni adalah penebat tenaga yang lemah berbanding sudu logam yang merupakan penebat tenaga yang baik. So, bila makan dengan sudu plastikni dengan bahasa yang mudah tenaga madu ni tak mengalir ke mana..dan semua khasiat yang ada kat madu ni diperolehi ketika minum.

3. Tidak Meletakkan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan pengkristalan. So, mamAuni letak di luar je lah madu ni.

4. Selawat 3x ketika minum madu ni. Benda ni tak disarankan pun dalam packaging, tapi mamAuni baca selawat jelah sambil berdoa supaya sentiasa sihat, bertenaga dan upppsss..awet muda.hihi


No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿