Mereka Di Sana

Tuesday 4 November 2014

✿ Enjoy The Journey With Stroller Seebaby ✿

Sempena nak balik kg ni mamAuni terbeli benda alah ni...

Stroller seebaby QQ2

Dah lama ada hati nak beli stroller seebaby  ni sebenarnya, bila memikirkan kena mengusung stroller sedia ada yang sedia berat tu. Ayah Auni lah yang selalu jadik mangsa mengusung benda tu bila jejalan.

Banyak2 stroller mamAuni berkenan ngan brand seebaby ni,,, sebab ianya simple, ringan, mudah nak lipat dan sangat murah. Rasa berguna sangat stroller ringan camni especially bila kena naik flight.

Survey2 kat tenet harga dia kurang lebih jer ngan harga pasaran...dalam 16*.** (include postage ke Sarawak). Sebenarnya mamAuni berkenan dengan satu model stroller seebaby, yang jenis kerusi tu...tapi ayah Auni berkeras gak nak beli stroller model QQ2 ni, jugak. Alasan ayah Auni xnak beli jenis kerusi tu,,,jenis kerusi tu tak boleh nak tidur dan baring katanya.

Model ni ada dua pilihan warna, biru dan merah. MamAuni pilih kaler merah. Berat stroller ni 3.9 kg dan boleh menampung bayi sehingga berat 18 kg (ksimpulannya si kakak pun masih lagi boleh duduk lam ni).

Alang2 dah terjumpa benda alah ni kat boulevard, mamAuni terus beli lah...mamAuni beli ngan harga RM 165.00.

No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿