Mereka Di Sana

Friday 10 April 2015

✿ Syukur mamAuni Sarawakian ✿

Seriously, mungkin ada yang membaca tajuk entri mamAuni ni beranggapan ianya berbaur sedikit racist.
Tapi rasa tak salah untuk mamAuni mengucapkan rasa syukur...Syukur dilahirkan sebagai orang Sarawak dan juga melahirkan generasi Sarawak. Sarawakian yang punya tanda 'K' di sebelah bawah pada kad pengenalannya. Siapa kata tanda 'K' tersebut tidak punya apa2 makna? Yup tanda 'K' tersebutlah yang mengesahkan hak anda sebagai Bumiputra Sarawak.

MamAuni terpanggil untuk menaip entri ini selepas kesukaran adik ipar (Sabahan) mamAuni sendiri untuk mencari pekerjaan di sini. Bukan sahaja mencari pekerjaan malah menetap di sini juga diberi tempoh tertentu. Seperti sedia maklum, ketika kemasukan Sarawak ke Tanah Melayu (sekarang Semenanjung Malaysia), Sarawak telah menetapkan 20 syarat termasuklah memperketatkan kemasukan orang luar ke Sarawak dan orang Sarawak pula adalah "Free Low" untuk masuk ke mana-mana negeri di Malaysia.

Kesannya seperti yang kita lihat sekarang ini ialah, pekerjaan di Sarawak terutamanya Syarikat-Syarikat Swasta diberi keutamaan besar kepada Bumiputra Sarawak sahaja. Selain itu, mana-mana individu dari Sabah @ Semenanjung perlu mendapatkan pas lawatan apabila berkunjung ke sini. Pas lawatan tersebut sah untuk tempoh 90 hari dan selepas tamat tempoh 90 hari itu, boleh memohon dari pihak imigresen untuk dilanjutkan 90 hari lagi. Selepas tamatnya tempoh 90 hari kedua ini,  individu berkenaan perlu keluar dari Sarawak dengan serta merta.

Alhamdulilah, akta imigresen ini sedikit sebanyak melindungi hak-hak kami sebagai Bumiputra Sarawak (walaupun hakikatnya tidak sepenuhnya). Kurangnya golongan PATI di Sarawak tentunya membawa keamanan dan rasa selamat tinggal di sini. Pergilah mana-mana daerah di Sarawak, jarang sekali terdapat PATI berkeliaran, dan masyarakat di sini lebih mudah dicam walaupun berbagai etnik. Ianya tentunya menimbulkan rasa kepercayaan untuk kami berasa selamat di sini. Kalau dibandingkan di negeri-negeri lain di Malaysia (tak payah ambik jauh Kuala Lumpur jelah) dipenuhi lambakan pendatang asing yang entah datang dari mana sekaligus mendatangkan rasa tidak selamat dan seolah-olah kita bukan berada di tempat sendiri. Peluang pekerjaan juga terus dirembat oleh mereka atas dasar majikan boleh menggaji mereka dengan gaji yang lebih rendah dan sesetengah majikan menyukai mereka dengan alasan mereka lebih rajin berbanding warga tempatan. Amat sedih kan bila hak kita sebagai anak kelahiran sesebuah Negeri tersebut ditidakkan.

Sekiranya Akta Imigresen ini juga tiada, mamAuni boleh kerat jari lah ofkos banyak warganegara Malaysia (bukan Bumputra Sarawak) yang mencuba nasib mencari peluang pekerjaan di sini. Impak daripada itu, tentunya meningkatkan persaingan peluang pekerjaan bagi golongan bumiputra sendiri. Amat sedih sekali sekiranya golongan Bumiputra sendiri tidak bekerja, sedangkan peluang pekerjaan yang ada diambil oleh orang luar. Buktinya, ramai warganegara Malaysia (bukan Bumiputra Sarawak) yang berkahwin dengan orang tempatan di sini, dan membuka perniagaan dengan lesen perniagaan yang didaftar atas nama pasangan. Dan dari pemerhatian mamAuni, kebanyakan individu-individu yang berkahwin dengan pasangan tempatan ini mengambil peluang memohon untuk diberikan taraf Bumiputra Sarawak, dan selepas diluluskan terus bermastautin di sini.

Bilamana sesetengah kelompok masyarakat menyuarakan tidak puas hati terhadap Akta Imigresen Sarawak ini atas dasar ianya tidak punya semangat 1 Malaysia, kerana menyekat kemasukan bukan sahaja pendatang asing malahan warganegara Malaysia Sabah dan Semenanjung yang lain. Tahukah anda apa yang kami bayar untuk hak kami? Hasil bumi Sarawak hampir 90% diambil untuk kemajuan di Malaysia (tanah Semenanjung khususnya), sedangkan pembangunan di Sarawak sendiri masih banyak yang ketinggalan. Janganlah berkata kami orang Sarawak sangat bertuah, tetapi sebaliknya Malaysia lah yang bertuah kerana memiliki Sarawak yang antara lainnya merupakan penyumbang terbesar pendapatan Negara. So, untuk orang luar yang masuk ke Sarawak tolong jangan persoalkan tentang Akta Imigresen Sarawak ini, kerana inilah yang tinggal untuk masa depan anak-anak kami di Sarawak.


2 comments:

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿