Mereka Di Sana

Wednesday, 11 November 2015

✿ Lawatan Hujung Tahun Auni ✿

Cerita lawatan hujung tahun Auni...
First time pergi Kg Budaya n Pustaka Negeri 
First time jugak Auni naik Bas Sekolah...auni excited sangat dapat naik, yelah selalu tengok Bas Sekolah lalu jer atau tengok dalam tv. 

Kg Budaya
Untuk harga rombongan lawatan ni bebudak free jek masuk. Dewasa pulak dia caj RM 15.90.
Sebenarnya nak melawat kat rumah2 yang ada di Kampung Budaya ni tak berapa sesuai dengan budak-budak sebab rumahnya mak ooii..tinggi-tinggi. Tapi dorang enjoys jer..tengok show tarian kebudayaan dan jalan2 kat trek jambatan...masuk rumah yang rendah2 pun ok jugak.

Pustaka Negeri
Kat sana dorang tengok video mengenai Pustaka Negeri dan langkah keselamatan semasa berada di sana. Pastu ada aktiviti lekat-lekat gambar dianjurkan oleh pihak pustaka Negeri. Auni punyalah sibuk cakap kat mamAuni "mama mama nanti mama ambil buku"...tau2 lah perpustakaan kan banyak buku.

Auni semasa persembahan tarian kebudayaan duduk sebelah Cikgu tau...
Hey kids..beratur betul2 lah
Lepas habis persembahan bebudak pulak naik atas pentas
Auni n mama
Depan Kg Budaya
Lagi depan Kg Budaya..peace..:)
Aktiviti di Pustaka Negeri.

Friday, 2 October 2015

✿ Back To The Root ✿

Apabila semua produk kosmetik mahal yang berada di pasaran nampak sama je di kulit muka mamAuni ni yang mamAuni nak cuba plak try pakai bedak amoi. Sebelum ni tak pernah pun pakai bedak amoi ni, walaupun sebelum ni mak mamAuni pernah suggest guna bedak ni..tapi oleh kerana mamAuni membesar di zaman yang lebih banyak pilihan kosmetik lain so, mamAuni abaikan saranan mak mamAuni. Yup dari mak dan makcik-makcik mamAuni pernah pakai bedak ni, sungguh ada yang pakai hingga ke hari ini. Dan kulit diorang pun amat jarang disinggahi jerawat.

Mula-mula susah jugak nak carik benda alah ni...sampai akhirnya mamAuni terjumpa di sebuah kedai runcit. Tersangatlah bajet bedak ni mamAuni beli dengan harga Rm 2.30. Bila research pasal bedak amoi ni ramuan utamanya ialah beras je, konfom bebas dari sebarang bahan kimia. Rasanya tak pernah lagi mendengar sesiapa yang menggunakan bedak ni mendapat kesan tak elok ke atas kulit walaupun bedak ni takde cop KKM. Bedak ni jugak rasanya lebih sesuai untuk orang-orang yang kulit berminyak dan berjerawat, ianya sebenarnya membantu mengeringkan jerawat. Kalau yang memang kulit kering dikhuatiri kulit menjadi semakin kering pakai bedak ni. Bedak ni lebih kurang bedak sejuk yang dibuat dari beras jugak cuma cara penggunaan nya berbeza. Kalau yang malas nak bancuh2 bedak sejuk bolehlah guna bedak ni.

Sedang dalam proses bereksperimen dengan bedak amoi ni, kut2 pasni kulit jadik halus mulus.

Amaran : Kalau pakai bedak amoi ni sila pakai di rumah sahaja, tidak digalakkan untuk memakainya semasa ke opis kerana dikhuatiri rupa seiras pelakon opera cina. huhu

Nostalgia betul tengok packaging bedak amoi ni..
 

Selain bedak amoi ni, losyen kat bawah ni turut mengembalikan nostalgia produk-produk lama. Losyen ni mamAuni pernah pakai dulu2 zaman remaja lagi. Cuma sekarang packagingnya dah lain sikit. Bau dia masih sama seperti dulu. Best jugak bila dapat pakai balik losyen ni..:)

Losyen tangan dan badan New & Trendy

Tuesday, 28 July 2015

✿ Mudahnya Memasak >> Part 32 ✿

Biskut Coklat Chips Panas2
Biskut raya 2015 mamAuni. Meh try buat biskut ni. mamAuni ambil resepi ni daripada FB Mama Kent. Serius sedap biskut ni, kalau makan confirm senyum lebar hingga ke telinga..tak tipu tau.

Biskut Coklat Chips

250 gram butter (mamAuni cairkan)
1 biji kuning telur
1 cawan gula kastor
Setengah cawan serbuk koko
1 cawan badam cincang
1 cawan coklat chips
1 sudu kecil esen vanilla

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
(tepung boleh tambah sehingga adunan sesuai untuk ditekap)

Gaulkan butter dan gula kastor sampai sebati.
Masukkan kuning telur dan serbuk koko. Adun sebati
Tuangkan esen vanilla, coklat chips dan badam cincang.
Last sekali baru letak tepung.
Bulat2 dan tekap dengan garpu.

✿ Mudahnya Memasak >> Part 31 ✿

Raya tahun ni buat popia seaweed ni..popia ni senang jer nak buat, dan senang jugak nak habiskan. Popia ni yang paling awal sekali abis.

Popia Seaweed 
Kulit popia
Seaweed  (mamAuni beli yang besar sekali)
Telur (ambil kuningnya)

>> Sapukan kuning telur di atas permukaan popia. Letakkan seaweed. Lpstu sapu lagi kuning telur di atas seaweed dan kemudian letak lagi sekeping kulit popia di atas lapisan seaweed. Gunting mengikut saiz yang dikehendaki dan akhir sekali goreng menggunakan minyak yang panas <<
 
Popia mamAuni yang telah siap digoreng

✿ Update Raya 2015 ✿

Alhamdulilah, tahun ini dapat beraya bersama-sama dengan suami n anak-anak tercinta. Tak balik beraya kat kampung sebab ayah Auni balik kejap je..sebenarnya seminggu sebelum raya tu mamAuni dah balik kampung dah melawat orang tua. So, mood beraya tahun ni tetap ada..and persiapan ala kadar jek. Tema baju kitorang tahun ni merah membara.

1 Syawal bergambar sebelum pergi beraya.

Ingat nak bergambar berdua jek..tetiba jer ada Auni join sekaki..jenuh jugak cakap kat dia nanti ambik gambar sama. Tapi dia buat x reti pulak dan excited sungguh dia buat "peace"




Banyak-banyak gambar mamAuni paling suka gambar ni. Spoilnya background tak berapa nak cantik
Dan akhirnya mamAuni cuci gambar kat tangga tu,,,dengan sedikit editan. Kasi tutup background buruk punya cerita. Agak pelik saiz gambar tu 16x16. Dah cuci tak sangka cantik walaupun guna henpon buruk aje.
Dikesempatan ini mamAuni sekeluarga ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri mamAuni sekeluarga dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...:)

Monday, 22 June 2015

✿ Mudahnya Memasak >> Part 30 ✿

Last week mamAuni buat Kek Cheese Leleh ni...kek ni kira senang lah jugak nak buat.

Bahan-bahan
6 biji telur gred A (2 daripadanya dibuang putih)
100 gram gula kastor
100 gram tepung gandum
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk (disimpan di dalam peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovalette
75 gram mentega (cairkan guna teknik double boil)

Krim Cheese
1 bungkus cheese tatura
1/2 tin susu pekat
>> mix kedua2 bahan hingga sebati dan tidak berketul <<

Topping
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT
>>parut dan tabur di atas kek <<

Cara-caranya
Masukkan semua bahan kecuali mentega dicairkan. Mix sehingga sebati dan keputihan. Kemudian masukkan mentega dan mix lagi sehingga sebati. Bakar pada suhu 120'C, selama 45 minit (15 minit pertama mamAuni letak di tray tengah, dan minit seterusnya letak di tray paling bawah). Suhu oven adalah bergantung kepada oven masing-masing. Biarkan kek sejuk dalam masa 1-2 jam. MamAuni biarkan dekat luar oven dalam 1/2 jam, then sejukkan dia lam peti ais. Ni kes tak sabar nak potong lah ni..

Setelah kek sejuk, potong dua kek. Letakkan krim cheese di kek yang telah dipotong tadi. Kemudian cantumkan bahagian yang satu lagi dan salutkan krim cheese di seluruh bahagian kek. Last sekali, parut cheese dan tabur di keseluruhan kek. Simpan kek di dalam peti es sebelum dimakan.


kek cheese leleh mamAuni..:)

Wednesday, 17 June 2015

✿ Ramadhan Al-Karim ✿

Ramadhan datang lagi. Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu kebaikan dan keberkatan kepada seluruh umat Islam termasuk diri mamAuni dan keluarga.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni isteri yang lebih taat, yang sentiasa menenangkan hati suami, yang sentiasa mendukung cita-cita suami dan menjadi isteri yang sentiasa dirindui oleh suami.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni ibu yang lebih prihatin, yang lebih ikhlas, yang lebih penyayang, yang lebih sabar, yang mampu memberi didikan terbaik untuk anak-anak dan segala yang terbaik untuk mereka.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni anak yang lebih baik, sentiasa menyenangkan hati ibu ayah dan lebih banyak berdoa untuk kesejahteraan mereka.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni pekerja yang lebih menepati masa, memanfaatkan setiap masa dengan mempertingkatkan ilmu dan menjadi pekerja yang lebih disenangi rakan2 lain.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni insan yang tahu bersyukur dan sentiasa merasa cukup di atas semua kurniaaNya. Siapalah mamAuni untuk menidakkan setiap rezeki yang Allah limpahkan.

Syukur dikurniakan suami sepertiNya, jika semua kelemahan suami membawa mamAuni ke Syurga. Biarkanlah dia begitu,,,janganlah Allah sempurnakan semuanya kerana mamAuni pun bukan insan yang sempurna.

Syukur dikurniakan sepasang anak-anak yang comel yang keletah mereka sentiasa mengisi masa lapang mamAuni.

Syukur masih dikurniakan ibu dan ayah, di mana tempat mamAuni bermanja dan mengadu di saat susah dan senang.

Syukur dikurniakan pekerjaan,,sekiranya suasana pekerjaan mamAuni sekarang ini menjadikan mamAuni lebih pandai dalam bekerja. Janganlah Allah jadikan suasana ini lebih selesa.

Syukur dengan apa yang ada. Semoga rasa syukur ini masih ada sekiranya satu hari nanti ada antara nikmat ini yang Allah tarik. Kalau tiba saat itu jadikan mamAuni lebih tabah, redha dan terus bersyukur. Sekiranya juga kehidupan kaya raya dan impian lain mamAuni yang belum tercapai melenyapkan rasa syukur dan redha ini, lebih baik semua itu dijauhkan dari diri mamAuni.

Syukur.syukur ya Allah...jangan lah terbitkan rasa cemburu dan iri hati mamAuni pada kesenangan orang lain. Janganlah terbitkan rasa berburuk sangka mamAuni pada orang lain juga. Jauhkanlah rasa berdukacita, rasa malang dan rasa pasif pada diri mamAuni.

Wahai insan yang terbaca apa yang mamAuni tulis ini...tolong berniat benda yang sama juga untuk diri sendiri dan doakan juga yang baik-baik untuk orang lain di sekelilingmu.:)