Mereka Di Sana

Showing posts with label ✿ Ceritaku ✿. Show all posts
Showing posts with label ✿ Ceritaku ✿. Show all posts

Friday, 2 October 2015

✿ Back To The Root ✿

Apabila semua produk kosmetik mahal yang berada di pasaran nampak sama je di kulit muka mamAuni ni yang mamAuni nak cuba plak try pakai bedak amoi. Sebelum ni tak pernah pun pakai bedak amoi ni, walaupun sebelum ni mak mamAuni pernah suggest guna bedak ni..tapi oleh kerana mamAuni membesar di zaman yang lebih banyak pilihan kosmetik lain so, mamAuni abaikan saranan mak mamAuni. Yup dari mak dan makcik-makcik mamAuni pernah pakai bedak ni, sungguh ada yang pakai hingga ke hari ini. Dan kulit diorang pun amat jarang disinggahi jerawat.

Mula-mula susah jugak nak carik benda alah ni...sampai akhirnya mamAuni terjumpa di sebuah kedai runcit. Tersangatlah bajet bedak ni mamAuni beli dengan harga Rm 2.30. Bila research pasal bedak amoi ni ramuan utamanya ialah beras je, konfom bebas dari sebarang bahan kimia. Rasanya tak pernah lagi mendengar sesiapa yang menggunakan bedak ni mendapat kesan tak elok ke atas kulit walaupun bedak ni takde cop KKM. Bedak ni jugak rasanya lebih sesuai untuk orang-orang yang kulit berminyak dan berjerawat, ianya sebenarnya membantu mengeringkan jerawat. Kalau yang memang kulit kering dikhuatiri kulit menjadi semakin kering pakai bedak ni. Bedak ni lebih kurang bedak sejuk yang dibuat dari beras jugak cuma cara penggunaan nya berbeza. Kalau yang malas nak bancuh2 bedak sejuk bolehlah guna bedak ni.

Sedang dalam proses bereksperimen dengan bedak amoi ni, kut2 pasni kulit jadik halus mulus.

Amaran : Kalau pakai bedak amoi ni sila pakai di rumah sahaja, tidak digalakkan untuk memakainya semasa ke opis kerana dikhuatiri rupa seiras pelakon opera cina. huhu

Nostalgia betul tengok packaging bedak amoi ni..
 

Selain bedak amoi ni, losyen kat bawah ni turut mengembalikan nostalgia produk-produk lama. Losyen ni mamAuni pernah pakai dulu2 zaman remaja lagi. Cuma sekarang packagingnya dah lain sikit. Bau dia masih sama seperti dulu. Best jugak bila dapat pakai balik losyen ni..:)

Losyen tangan dan badan New & Trendy

Tuesday, 28 July 2015

✿ Update Raya 2015 ✿

Alhamdulilah, tahun ini dapat beraya bersama-sama dengan suami n anak-anak tercinta. Tak balik beraya kat kampung sebab ayah Auni balik kejap je..sebenarnya seminggu sebelum raya tu mamAuni dah balik kampung dah melawat orang tua. So, mood beraya tahun ni tetap ada..and persiapan ala kadar jek. Tema baju kitorang tahun ni merah membara.

1 Syawal bergambar sebelum pergi beraya.

Ingat nak bergambar berdua jek..tetiba jer ada Auni join sekaki..jenuh jugak cakap kat dia nanti ambik gambar sama. Tapi dia buat x reti pulak dan excited sungguh dia buat "peace"




Banyak-banyak gambar mamAuni paling suka gambar ni. Spoilnya background tak berapa nak cantik
Dan akhirnya mamAuni cuci gambar kat tangga tu,,,dengan sedikit editan. Kasi tutup background buruk punya cerita. Agak pelik saiz gambar tu 16x16. Dah cuci tak sangka cantik walaupun guna henpon buruk aje.
Dikesempatan ini mamAuni sekeluarga ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri mamAuni sekeluarga dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...:)

Wednesday, 17 June 2015

✿ Ramadhan Al-Karim ✿

Ramadhan datang lagi. Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu kebaikan dan keberkatan kepada seluruh umat Islam termasuk diri mamAuni dan keluarga.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni isteri yang lebih taat, yang sentiasa menenangkan hati suami, yang sentiasa mendukung cita-cita suami dan menjadi isteri yang sentiasa dirindui oleh suami.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni ibu yang lebih prihatin, yang lebih ikhlas, yang lebih penyayang, yang lebih sabar, yang mampu memberi didikan terbaik untuk anak-anak dan segala yang terbaik untuk mereka.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni anak yang lebih baik, sentiasa menyenangkan hati ibu ayah dan lebih banyak berdoa untuk kesejahteraan mereka.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni pekerja yang lebih menepati masa, memanfaatkan setiap masa dengan mempertingkatkan ilmu dan menjadi pekerja yang lebih disenangi rakan2 lain.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni insan yang tahu bersyukur dan sentiasa merasa cukup di atas semua kurniaaNya. Siapalah mamAuni untuk menidakkan setiap rezeki yang Allah limpahkan.

Syukur dikurniakan suami sepertiNya, jika semua kelemahan suami membawa mamAuni ke Syurga. Biarkanlah dia begitu,,,janganlah Allah sempurnakan semuanya kerana mamAuni pun bukan insan yang sempurna.

Syukur dikurniakan sepasang anak-anak yang comel yang keletah mereka sentiasa mengisi masa lapang mamAuni.

Syukur masih dikurniakan ibu dan ayah, di mana tempat mamAuni bermanja dan mengadu di saat susah dan senang.

Syukur dikurniakan pekerjaan,,sekiranya suasana pekerjaan mamAuni sekarang ini menjadikan mamAuni lebih pandai dalam bekerja. Janganlah Allah jadikan suasana ini lebih selesa.

Syukur dengan apa yang ada. Semoga rasa syukur ini masih ada sekiranya satu hari nanti ada antara nikmat ini yang Allah tarik. Kalau tiba saat itu jadikan mamAuni lebih tabah, redha dan terus bersyukur. Sekiranya juga kehidupan kaya raya dan impian lain mamAuni yang belum tercapai melenyapkan rasa syukur dan redha ini, lebih baik semua itu dijauhkan dari diri mamAuni.

Syukur.syukur ya Allah...jangan lah terbitkan rasa cemburu dan iri hati mamAuni pada kesenangan orang lain. Janganlah terbitkan rasa berburuk sangka mamAuni pada orang lain juga. Jauhkanlah rasa berdukacita, rasa malang dan rasa pasif pada diri mamAuni.

Wahai insan yang terbaca apa yang mamAuni tulis ini...tolong berniat benda yang sama juga untuk diri sendiri dan doakan juga yang baik-baik untuk orang lain di sekelilingmu.:)


Friday, 12 June 2015

✿ Pobling Sonic Vibration Deep Pore Cleanser ✿

Sori gambar agak kehijauan kesan dari langsir bilik mamAuni yang hijau ;p
Pobling mamAuni beli on9 dah sampai dah.
Secara jujur bersihkan muka kai bendani rasa bersih dari biasa dan yang bestnya jugak vibration nya seolah2 dia massage muka kita. Berus dia pun agak lembut...rasa macam bukan berus pun ada. mamAuni beli murah jek RM 22.00 kat Lazada. Cuma mamAuni terfikir kalau berus dia ni dah berterabur nanti nak beli kat mana yek..takkan nak beli pobling baru kut. Kepala berus ni boleh tukar rasa.

Fungsi benda ni adalah untuk ; 
(sori ayat kopi n pes dari lazada n korang translate lah sendirik)
  • Refreshing pore cleaning for your stressed skin.
  • It's a deep pore cleaner and works great for all skin types.
  • Remove makeup, clear pores, removes blackheads and dead skin cells.
  • Leaves your skin feeling clean & smooth with a healthy glow.

pobling-pore-sonic-cleanser-murah
Sori en Google saya pinjam gambar :)

Thursday, 4 June 2015

✿ Servis Kereta @ Petronas ✿

4 Jun 2015

Sang viva dah sampai waktu nak servis bah...mamAuni servis kat petronas jek.

Tukar minyak hitam dan oil filter...sebenarnya first time servis kereta sendiri.

Selalu ayah Auni yang tolong serviskan,,,tapi kali ni officemate lelaki temankan jadik ambik keputusan servis kat petronas. Harga dia pun tak jauh beza rasanya. Memula mamAuni dah pergi sorang dah nak g servis, last2 mamAuni tak jadik pura2 tanya jek berapa minyak dorang. Boleh camtu,,,tanya2 pastu tak jadik. Secara peribadinya mamAuni tak berapa konpiden nak g servis sesorang.

mamAuni ambik minyak Syntium ni...sebelumni pun ayah Auni tukar guna minyak ni jugak. Kalau compare ada gak minyak lain lagi murah >> minyak perodua @ mach5, mamAuni tak tau lah ori ke tak minyak Syntium ni...konpiden jeklah sebab servis kat petronas...miahaha

pinjam gambar minyak syntium en google jap...:)
Kos servis kalini..

Minyak Syntium : RM 96
Oil Filter : RM 18
Labour Charge : Takde
Total : RM 114

Minyak syntium ni ada lebih ckit, kawan mamAuni cakap simpan jek...nanti servis seterusnya leh kumpul lebihan minyak yang sama, selalu 3x servis lebihan minyak tu boleh guna untuk 1 x servis. mamAuni baru tau bendani. Selama ni ayah Auni buat camner ye???
Jawapannya : ntah tak tau...

Mekanik tu turut bersihkan aircond air filter (dia bukak then blow angin, buang2 habuk dan kekotoran), isi air wiper n air coolant jugak.

Next servis : 5,000 km seterusnya
**harap2 lepasni konpiden tu menebal sikit nak g servis**

Bingung bila buat research dalam tenet pasal radiator coolant (air warna ijau) tu kereta mamAuni ade ke x ye...tunggu lah ayahAuni kol boleh tanya dia, susah betul orang training kat Pulapol ni, henpon pun kena ambik. Kawan mamAuni pun baru tanya mamAuni lepas g servis tu..:(

Thursday, 28 May 2015

✿ Gila Nak Cantik ✿

Wanita dan kecantikan tukan tak dapat dipisahkan. Macamtulah feeling mamAuni....rasa gila nak cantik. Ok rasa macam nak gila ok. Gila nak ade kulit halus malus. So mamAuni pun review lah apa produk-produk kecantikan yang wanita-wanita lain di luar sana pakai. MamAuni pasni nak berusaha nak dapatkan kulit cantik..kalau nak cantik je xde usaha memang tak jadik lah kan. Bila tengok muka-muka dorang dalam blog. Gila halus macam artis. Ker 360 app edited??

Sekarang masih guna produk loreal (pencuci muka, toner dan krim siang), tapi sejak kebelakangan ni (bila usia semakin tua) rasa nak tukar produk je. Bukan tak serasi dengan loreal, so far sangat ok dah muka mamAuni kalau berbanding dulu. Cuma yelah belum lagi tahap yang mamAuni impikan, especially tang bekas-bekas jerawat kat muka ni. 

Dalam banyak-banyak review tu mamAuni baca ramai gak yang guna produk Safi. Kalau ikut range harga memang Safi dikategorikan produk mampu milik, means student pun boleh pakai. Kalau ditakdirkan Safi sesuai dengan mamAuni, ofkos menjimatkan bajet di situ. Rasa macam nak bertukar ke Safi, pastu terbaca banyak jugak review Safi buat muka mereka teruk terus mamAuni cancel. MamAuni takut elok-elok muka dah ok, terus jadik teruk lah pulak...hrmmm

Pastu, godek nye godek review produk yang diguna wanita di luar sana. MamAuni terperasan pengguna Clinelle juga bagik respon yang agak baik. So mamAuni rasa nak try produk ni. Harga dia setanding gak ngan produk loreal ataupun lebih mahal (tak pasti kat situ sebab mamAuni cuma beli krim malam je). Buat permulaan mamAuni cuba dulu krim malam dia memandangkan mamAuni memang tak pakai krim malam kan. MamAuni baru pakai seminggu dua. Belum ada sebarang perubahan memberangsangkan. Produk ni xde kandungan alkohol...bau dia macam bau ubat sedikit (bukan kategori krim yang wangi lah). Kalau dah habis pun xde perubahan gak..better mamAuni try Safi plak. Kot-kot boleh cantik macam Rozita Che Wan...ahaks.

✿ Perfume oh perfume ✿

Ni cerita pasal perfume. MamAuni bukanlah jenis yang setiap hari kena pakai perfume. Perfume bukanlah kewajipan mamAuni. Asalkan badan tak berbau sudah memadai. Perfume bila kat badan mamAuni tindak balas bau dia jadik agak kuat. Macam mandi perfume lah pulak, padahal mamAuni dah sembur ala kadar di tempat yang sepatutnya dan perfume yang mamAuni guna pun bukan lah perfume mahal harga ribu riban. Mungkin sebab kulit mamAuni jenis berminyak ataupun haba badan sendiri yang terlalu kuat, tulah tindak balas perfume tu jadik kuat jugak kut (tu teori mamAuni je, percaya jangan...). Sebab tulah x berapa gemar nak pakai, kekadang je pakai kalau mood nak melaram datang atau bila mood nak mengoda en suami datang.

Macamana nak bagi bau perfume jadik lasting???

pakai sebelum berpakaian >>> 
perfume tu akan meresap ke kulit kita tanpa terganggu oleh pakaian @ aksesori yang dipakai. Semburan terus ke kulit juga membantu penyerapan yang lebih baik.

pakai selepas mandi >>> 
dipercayai kulit yang masih lembab selepas mandi membantu penyerapan perfume ke badan kita. Boleh jugak menyembur perfume selepas menggunakan losyen. Tapi make sure losyen tersebut tidak berbau yang akan menggangu aroma perfume itu sendiri.

pakai di bahagian peredaran darah badan kuat / sendi badan >>> 
sembur kat pergelangan tangan, leher, belakang telinga, siku @ belakang lutut.

Sembur bukan mengosok >>>
 lepas sembur takyah nak gosok2 plak...biar dia meresap sendiri ke kulit.

Simpan perfume di tempat suhu  dan cahaya sederhana >>>
Elakkan menyimpan perfume di tempat yang terlalu panas @ cahaya yang kuat kerana dipercayai akan menjejaskan kualiti perfume itu sendiri.

Pilih Perfume Yang Kepekatannya Paling Tinggi >>> 
Terdapat 4 tahap kepekatan perfume yang dijual di pasaran. Semakin pekat perfume tersebut, semakin lasting bau wangiannya;
1. Colonge - Kurang dari 3%
2. Eu De Toillette (EDT) : 3% - 8%
3. Eu De Parfum (EDP) : Kepekatan patinya 10% - 15%
4. Perfume (Parfum) : Kepekatan patinya yang paling tinggi 20% - 50%. Harganya adalah yang paling mahal dibandingkan dengan yang lain..


Antara banyak2 perfume yang pernah mamAuni beli,  mamAuni suka bau perfume kat bawah ni ;

Wild Lily By Body Shop
Memula pakai bau dia agak rare...tapi lelama aroma wangian sebenar keluar. MamAuni nak explain bau dia camne pun x reti, sebab dia ada bau tersendiri. Kalau mamAuni cakap bau dia buat kita berimaginasi pasal hutan, boleh tak? Yang pastinya mamAuni suka sesangat ngan bau dia. Wild Lily ni jugak didatangkan dengan oil perfume dan baunya tentulah lebih lasting.


She - Warna Merah (Xtau Pe Flavour)
Pernah beli sekali kat airport. Tindak balas dia kat mamAuni agak kuat. Sampai ada orang tanya mamAuni pakai perfume ape, dia ingat perfume brand mahal. Hokey,,,mahal lah sangat!! Feeling macam mak datin bila pakai dia. Habis jugak lah sebotol mamAuni guna. (mamAuni jenis payah nak habiskan perfume)



Far Away By Avon
 Dah lama tak beli perfume ni...time zaman muda-mudi dulu selalu gak beli. Sekarang jgnkan beli, jejak kaki ke outlet Avon pun x pernah dah. Bau perfume ni sedap gak...sweet2 gitu. Bau dia mengembalikan nostalgia zaman bercinta dulu..:)


Tuesday, 14 April 2015

✿ 13 April 2015 >>> Tukar Bateri Kereta ✿


13 April 2015 (Isnin)


Cerita ni cerita semalam sebenarnya, mamAuni nak hantar adik ipar g epot
Cuak..
Tulah perasaan mamAuni bila kereta takleh start

Tengok2 xleh start lah si viva ni...
Nasib baiklah kereta en husb ada...kalau tak telefon teksi lah jawapnya

Ofkos lah cuak..dengan en husb takde kat sini..sapa nak g baiki si viva ni
Selama ni pun en husb lah jadik tukang selenggara
G servis, tukar tayar, tukar bateri semuanya dia
mamAuni woksyop mana pun tak berapa tau
Secara jujurnya mamAuni dah tak ingat bila kali terakhir bateri si viva ditukar

Pas hantar adik ipar kat epot banyak betul persoalan berlegar kat otak ni
Kenapa xleh start ni?? (mayB bateri kong kut)
Adooi camana nak bawak kereta ni g workshop??
Workshop ok katne ye??
Sapa nak kontek  mintak tolong ni??
Costing pembaikan??

Akhirnya pikir nye pikir mamAuni mintak tolong orang kat dalam kuarters ni jugak
Lagipun semalam mamAuni ambik cuti, baik urus
Kalau member ofis tolong kena tunggu esok lah pulak kan

Memang bateri kong pun...ingat kereta ni kena jumper ker ape nak bagi jalan balik hantar worksyop
Tengok2 dorang tolak pastu camne tah..mungkin ada tekan minyak, clutch apa...
Terus boleh start
mamAuni bagi dorang RM 200.00
Dah tanya member2 n family kat wassap macamtulah kos dia kalau nak tukar bateri kering


Haa boleh tengok resit ni..siap ada GST tulis tangan lagi tuh..
Tapi malas lah nak buat repot bagai
Yang penting kereta dah boleh jalan n menghilangkan rasa cuak ni jugaklah
 Thanks pada insan2 yang baik hati dan ikhlas membantu mamAuni
mamAuni baru tanya worksyop mana yang ok
terus datang umah tolong hantar g worksyop sekali..
 

Moral of story : Jangan biar suami jer duk urus hal2 kereta,,,kan dah cuak dah!! 

Friday, 10 April 2015

✿ Really Miss Him ✿


Thank You For Being In My Life
Thank You For Being My Husband
Your Struggles Always Give Me Strenght
And I Will Always Stand By Your Side Through Difficult And Easy Times

Dear Husband,
Miss U Deeply For A Month
And Another 8 Months Leave

Cant Wait Till U Come Back Home
And I Always Know
Happines Is What U Always Bring For Me...:)

 

 

Wednesday, 1 April 2015

✿ Welcome GST ✿

Resit pertama mamAuni di hari pertama GST dikuatkuasakan (1 April 2015). Tak taulah kenapa sekarang dah beresit lah pulak pos laju ni...nak kata pengguna boleh tuntut balik rasa pengeluar jer lah boleh kut. Sebagai pengguna tak payah lah rajin sangat menyimpan resit yang ada kecuali lah kita diberi hak untuk menuntut.

 Kesimpulannya untung untuk pengeluar jelah, pengguna pulak jadik mangsa keluarkan duit lebih. ok babai... Harap-harap ini hanya April Fool sahaja...
April Fool lah sangat...:(

Friday, 30 January 2015

✿ Sticker Road Tax Yang Degil ✿

Ni cerita pasal sisa-sisa sticker road tax yang melekat kat cermin kereta mamAuni dan sangat degil untuk ditanggalkan. Memula mamAuni tak kisah sangat, tapi dah lama2 rasa macam mencacatkan pemandangan pun ada. Last2 mamAuni ikut suggestion untuk guna "tonik ajaib" untuk tanggalkan bendani.

Gambar sebelum dan selepas sisa-sisa sticker road tax ditanggalkan
Colleague mamAuni yang tolong tanggalkan sisa-sisa sticker road tax ni sebenarnya. Memula dia kikis guna pembaris. Pastu dah bersih sikit dia lap ngan "tonik ajaib" tu. Tengok lah gambar sebelum dan selepas ni...macam chipsmore kan...sekejap ada, sekejap takda...hihi

Nak tau apa "tonik ajaib" yang mamAuni guna sila scroll ke bawah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Thinner - RM 4.50
Ni dia "tonik ajaib" tu...cer baca apa tu...Thinner. Thinner ni boleh beli kat kedai hardware dengan harga yang cukup murah. MamAuni letak lebihan thinner tu kat opis jek..takut bawak balik t ada plak yang terminum...:D

Friday, 28 November 2014

✿ Inai Homemade ✿

sempat lagi aku pakai inai homemade by my cousin in law...

Bahan2 yang dia guna untuk inai ni >>> sabun, kapur + pewarna orange...

<<< mamAuni tengah dalam mood berinai >>>

Monday, 27 October 2014

✿ Hijrah ✿

3 Muharam 1436 H...



Belum terlambat lagi untuk mamAuni ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1436 H..

Tahun baru, bermakna usia mamAuni pun bertambah tua jugak..

Terfikir nak berubah, berubah ke arah yang lebih baik dari segi penutupan aurat mamAuni..penampilan sebagai seorang muslimah yang serba kekurangan.

Keinginan tetap ada...pakai pakaian longgar, pakai handsock, pakai stokin...
Hakikatnya mamAuni bertudung tapi belum lagi menepati syariat Islam ; aurat wanita itu kecuali muka dan tapak tangannya. 

Masih banyak juga pakaian mamAuni yang mengikut bentuk badan...tapi serius sejak kebelakangan ni rasa macam dah insaf jugaklah bila pergi bekerja...pakai baju kurung biasa je...zaman2 keglameran berfesyen berkebaya, kurung moden tu rasa dan tak sesuai lagi dengan jiwa mamAuni. Sapa kata berbaju kurung tak boleh bergaya kan??

MamAuni belum ada kekuatan lagi untuk berubah sepenuhnya kerana diri yang serba kekurangan ini ; solat ku yang masih tunggang langgang, hati ku yang masih rasa belum bersih sepenuhnya, rambut yang masih dilihat oleh yang bukan mahram even di rumah (adik beradik ipar, jiran sebelah rumah etc) dan masih banyak lagi kekurangan lain mamAuni rasa dari segi tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan juga anak...:(

Support daripada suami dan kawan2 tetap ada...

Suami pun pernah berkata...memang sepatutnya macamtulah yang dia mahu mamAuni tutup aurat...tapi dia xnak terlalu mendesak...biar keinginan untuk berubah tu datang dari diri sendiri...

Seorang kawan pulak pernah berkata...xpe manatau bila mamAuni berubah untuk menutup aurat...mamAuni juga akan memperbaiki kekurangan lain untuk menjadi seorang muslimah lebih baik. Bila kita mula menutup aurat, InsyaAllah orang akan boleh terima dan bila tiba satu saat, orang boleh terikut-ikut untuk menutup aurat juga. Itulah indahnya bila kita berhijrah ke arah lebih baik.

Semoga Allah beri mamAuni kekuatan untuk berhijrah dan merasai kemanisan menutup aurat itu...sedang survey2 tengok handsock dan stokin..cantiknya mereka menutup aurat kan...tipulah kalau mamAuni tak rasa jeles sedikitpun...:)




Thursday, 23 October 2014

✿ Madu Tualang ✿

Baru2 ni mamAuni selalu je cepat rasa penat dan letih...

Tengah2 pikir camana nak pulihkan diri supaya tidak cepat n letih...

Pikir nye pikir rasa baik amalkan makanan sunnah,,,so mamAuni terpikir nak makan madu, n beli lah madu tualang yang jual kat kios jualan barang2 kecantikan n kesihatan yang ada kat mall2 tu..

Apa itu madu tualang?

Madu ni banyak madu...ada madu kelulut, madu putih, madu manuka dan banyak lagilah..bila search kat tenet plak...madu tualang plak adalah sejenis madu yang diperolehi di hutan daripada sarang lebah yang ada kat pokok yang sangat tinggi. Tualang ni sebenarnya sejenis pokok yang besar dan tinggi...dan madu ni dipanggil madu tualang sempena nama pokok tu...walaupun hakikatnya madu ni ada yang diperolehi daripada pokok dari jenis lain yang jugak besar dan tinggi...tapi tetap jugak dipanggil madu tualang, nak senang cite lah guna satu nama tualang jelah..hihi

Amalan mamAuni?

Amalan mamAuni makan maduni sepertimana yang disarankan oleh packaging madu tualang.

1. Makan sesudu sekali sehari di waktu pagi sebelum breakfast (sesuai lah dengan kemalasan mamAuni kalau makan berkali2 konfom tak ikut jadual nye, so mamAuni mkan sebelum turun kerja).

2. Makan dengan sudu plastik - bila baca packaging tu dia suruh mamAuni guna sudu plastik. Kenapa sudu plastik? Hasil research mamAuni dengan en google, sudu plastik ni adalah penebat tenaga yang lemah berbanding sudu logam yang merupakan penebat tenaga yang baik. So, bila makan dengan sudu plastikni dengan bahasa yang mudah tenaga madu ni tak mengalir ke mana..dan semua khasiat yang ada kat madu ni diperolehi ketika minum.

3. Tidak Meletakkan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan pengkristalan. So, mamAuni letak di luar je lah madu ni.

4. Selawat 3x ketika minum madu ni. Benda ni tak disarankan pun dalam packaging, tapi mamAuni baca selawat jelah sambil berdoa supaya sentiasa sihat, bertenaga dan upppsss..awet muda.hihi


Thursday, 9 October 2014

✿ Kain Batik Sarawak ✿

Bulan lepas kut,,,ada member duk semenanjung suh survey2 kain untuk buat baju kurung corak batik Sarawak..

Sebelum tu mamAuni mmg ada niat dah nak beli baju kurung corak batik Sarawak ni...
sebab bila dah kerja kat Bangunan Wisma Persekutuan ni ofkoslah tiap minggu akan tengok orang pakai baju kurung corak ni...nampak cantik n eksotik digayakan...

Sebenarnya dah ada dua pasang baju corak batik Sarawak ni...
tapi kain dia jek (baju plak baju plain)...

Kali ni teringin sesangat nak pakai baju kurung corak Batik Sarawak ni 1 suit....

Last2 terbeli gak kain ni cukup untuk 2 pasang baju kurung (4 meter x 2)...
corak orang ulu dan corak pua kumbu


corak orang ulu : mamAuni beli kain mcmni gak, baju corak crowded,,,kain dia ada corak kat bawah jek
corak pua kumbu

Dua2 ni contoh jek (pinjam gamba en google)...bukan kain sebenar mamAuni beli...:)

MamAuni pilih kaler pink n kuning...:D





Friday, 29 August 2014

✿ Jelly Welly Shoe ✿

Hari ni jejalan-jejalan time lunch break...

Pastu jalan punya jalan,,,tak tersengaja terbeli kasut jelly kat satu kedai neh.

Kedai ni sebenarnya bukanlah kedai yang fully jual kasut jelly welly ni...ada dua tiga pilihan design je untuk kasut jelly ni...mamAuni pilih design ni,,,,design dia macam ada benda tajam2 lah plak (mamAuni tak tau org panggil apa design ni)...:D. 

Dari 4 pilihan warna yang ada...kaler hitam, biru, purple and pink,,,lastlny mamAuni ambik warna pink lah sangat!!

Agak selesa gak memakainya, harga dia pun sangatlah murah...:D

Pinky Jelly Welly Shoe..:D

Friday, 16 May 2014

✿ Korean Pounch Multi Purpose Wallet Bag ✿

Trauma lepas kehilangan hp tempoh hari...

So, sedang cari wallet yang saiz sesuai untuk letak hp sekali...tak lah letak hp sebarang dah pasni.

Apalagi sumber paling mudah,,,shopping online lah jawapnya, nak jalan2 cari benda ni malas lak.

Godek punya godek en. google berkenan yang ni...


Wallet ni taklah mahal, sangat2 murah..RM 33 (include shipping to sarawak)..mamAuni bukan jenis yang mementingkan barang branded, asal cantik mamAuni pakai jek...material leather pu.

Wallet ni nampak sangat praktikal...

**Saiz sedap2 nak pegang kat tangan : 10cm x 15.8cm
**Wallet yang ada compartment untuk letak hp
**Ada dua tali panjang dan pendek (boleh bukak)

Datang dengan empat kaler, merah, hot pink, purple, cokeleto...:)
mamAuni pilih warna hot pink sebab chasing hp mamAuni pon warna pink...

***pinky,pinky,,,pinky girl***
la...la...la...laaa


Monday, 21 April 2014

✿ Lenovo A516 ✿

Cuai...cuai dan cuai

Itu yang mamAuni boleh katakan bila terpaksa beli henpon baru,,,satu2nya henpon yang ada tertinggal di kedai perabot,,,alamatnya zaaap terus dikebas orang. Hp buruk haku tu pun ada orang yang nak kebas. Pelik!!!

Serius tak tahan bila takde hp dua hari,,,hari Isnin g celcom center buat laporan hp hilang n dapatlah simkad baru, still no yang lama.

Ni cerita pasal hp baru,,,
Pas g celcom center tu g Wisma Seberkas plak dengan berbekalkan duit RM 500. Almaklumlah hujung bulan, jadik mamAuni carik2 hp yang sesuai dengan duit yang ada lah.

Target >>> boleh mesej*boleh kol*boleh on9*android*boleh tangkap gambar <<<

ok mamAuni beli yang ni

Lenovo A516
**internal memory - 4G.
**support android.
**ofkos boleh mesej & kol. (mamAuni just nak bgtau hp ni memenuhi target yang dicari)
**bluetooth, wifi, internet access.
**kamera depan belakang.
** kamera belakang : 5mp, depan x pasti.
** fully touch screen.
** saiz screen, mamAuni x pasti,,,huahua.
**datang dengan dua kaler - white & black,,,mamAuni pilih white.
**dual simkad,,,dua2 simkad boleh berfungsi dalam masa yang sama.Tapi yang boleh acces tenet 1 simkad jek. Sebelum ni pernah guna CSL yang dual simkad, tak boleh berfungsi serentak.


harga mamAuni dapat RM 460
 **free chasing lipat. (pilih kaler pink)
**free external memory - 8G.
**free screen protector.
**serius mamAuni tak tau bezakan set ori ke tak,,,tapi hp ni datang bersekali ngan charger, earphone dan waranti 1 tahun. (ori lah tu kut)

sedikit review pasal hp ni
Boleh tak mamAuni compare dengan hp lama yang hilang tu (Sony Ericson Xperia Neo)?bolehkan...bolehkan

  • kualiti gambar,,,hp lama jauh lebih sharp (8mp), tapi kualiti gamba lenovo ni kurang memuaskan, mcm kabur2 pun hade. yelah mamAuni compare 8mp dengan 5mp,,,tapi sebelum ni pun mamAuni pernah guna hp sony 5mp, sangat terang hokey. Lagi satu yang tak bestnya kamera dia xde flash. Bila download video pun macam tak best jek,,,nape ek..kabur??so kamera sony is the best. 
  • Versi software dia memang update lagi banding ngan hp lama yang memang dah outdate kut. 
  • Skrinshot dia x best,,,kena tekan butang down volume bersekali dengan butang on off. Sony lama dulu just tekan butang on off,,,boleh guna satu tangan jek nak skrinshot. 
  • Bateri dia lebih lasting berbanding hp lama,,,,bila mamAuni on9 sehari suntuk pun bateri x habis2,,,caj balik keesokan harinya.
  •  Screen dia ofkos lagi besar dari hp lama
  •  Sound dia just nice,,,tapi tak sehebat sound sony...:D

ofkos masih terasa kekurangan lenovo ni, sebab dah terbiasa dengan Sony Ericson,,,tapi berbaloi2 gak lah guna lenovo ni. Harga sangat mampu milik,,,,untuk orang macam mamAuni cukuplah pakai lenovo jek,,,murah pun murah!!

Monday, 10 March 2014

✿ Please come back # MH 370 ✿




MH 370
Dimana kamu menghilang?
Hilangmu tanpa jejak dan khabar berita

Dimanapun kamu berada
Kami merayu tolonglah balik
Orang-orang kesayanganmu disini menantikanmu
Dengan penuh sabar dan harapan

Doa kami untuk MH 370
Selamatkanlah mereka
Berikan berita gembira untuk kami di sini
Akan kami bukan laluan seluas-luasnya
Untuk kamu kembali

Namun jika musibah yang menimpamu
Kami tetap redha dengan ketentuan dariNya
Ya Allah, berikanlah kami petunjuk
Agar kami di sini tidak terus menanti, berharap dan tertanya2

#pray4MH370#



Monday, 17 February 2014

✿ Ibu Mithali ✿

Wah entry kalini macam mamAuni cukup bagus je dalam memainkan peranan sebagai ibu,,,,yup mamAuni tak sesempurna mana, tapi tentunya sentiasa mencuba yang terbaik untuk menjadi ibu. Tahun 2014 ni tahun untuk menampung segala kekurangan diri sebagai seorang ibu,,,untuk jadik lebih mithali dan mithali dari tahun-tahun sebelumnya.

************************
SABAR, SABAR DAN SABAR.

Dalam membesarkan anak-anak tentunya kita selalu berdepan dengan situasi kestresan melampau.
Anak yang kuat merengek, menanggis dan sukar diuruskan,,,sesuai lah dengan kelakuan dan usia mereka yang belum matang.
Tahun ni rasanya nak lebih sabar, sabar dan sabar lagi dalam menghadapi karenah anak-anak.
Tak mau membebel2 dah, sebab mamAuni sedar bila membebel kestresan makin meningkat, padahal anak bukan paham satu hape pun,,,worthless!

************************
IKHLAS DAN ENJOY!

Kadang-kadang rasa penat mengatasi segala-galanya, apatah lagi bila dapat suami yang tak berapa reti sangat bab2 jaga budak ni,,,kesimpulannya memang tak boleh diharap untuk urus anak-anak. Lumrah lelaki kan kalau bab2 kerja rumah ni kureng sikit. Tambahlah kita stress,,,so semua pengurusan anak-anak dari A to Z semua kena buat.

Bila jadik mcmni, mamAuni selalu ingatkan diri sendiri,,,
Aku sikat rambut anak, mandikan anak, masak untuk anak, kemas rumah, cuci baju semuanya kerana Allah. Tak mengharapkan pujian, mahupun balasan dari anak-anak dan suami. Cuma mengharapkan pahala dan redha Allah.
Insyaa Allah, diri sendiri akan lebih enjoy dan tak stess2.

************************
URUS DIRI SENDIRI SEBELUM URUS MEREKA.

Ya mamAuni percaya kepada bendani,,,,bila kita dapat urus diri kita sendiri, Insyaa Allah kita takkan rasa stress urus anak-anak plak. Ambik sedikit masa, untuk menghias dan memanjakan diri sebelum mengurus anak-anak. Walaupun mungkin masa agak terhad untuk melakukannya berbanding zaman2 bujang dulu, atleast kita tak berpenampilan selekeh dan comot.

************************
URUS ANAK-ANAK DENGAN TANGAN SENDIRI.

Walaupun ada penjaga dan sekaya manapun kita untuk mengupah 10 orang penjaga sekalipun, kalau boleh biarlah kita yang urus sendiri anak2. Sebab anak2 tu amanah dari Allah untuk kita, ibu bapanya. Bukan amanah Allah untuk penjaga anak. Allah tidak pilih kita untuk jadi ibu bapa jika kita tidak mampu untuk menjaga anak2.

Cubalah untuk buat semuanya selagi tulang 4 kerat kita terdaya. Walaupun bekerja, ianya bukan alasan untuk kita menyerahkan anak2 sepenuhnya kepada penjaga. Ketepikan rasa untuk bersenang lenang seketika. Membesarkan anak2 bukanlah mudah dan senang. Saya percaya, anak2 yang dibesarkan dengan perhatian dan kasih sayang ibu bapa, insyaa Allah akan membesar menjadi anak2 yang juga sentiasa menyejukkan hati ibu bapanya.

************************

mamAuni yang tak pernah sempurna. Doakan mamAuni menjadi ibu yang lebih mithali dan menjadi dambaan setiap anak2 di muka bumi. :)