Mereka Di Sana

Wednesday, 11 November 2015

✿ Lawatan Hujung Tahun Auni ✿

Cerita lawatan hujung tahun Auni...
First time pergi Kg Budaya n Pustaka Negeri 
First time jugak Auni naik Bas Sekolah...auni excited sangat dapat naik, yelah selalu tengok Bas Sekolah lalu jer atau tengok dalam tv. 

Kg Budaya
Untuk harga rombongan lawatan ni bebudak free jek masuk. Dewasa pulak dia caj RM 15.90.
Sebenarnya nak melawat kat rumah2 yang ada di Kampung Budaya ni tak berapa sesuai dengan budak-budak sebab rumahnya mak ooii..tinggi-tinggi. Tapi dorang enjoys jer..tengok show tarian kebudayaan dan jalan2 kat trek jambatan...masuk rumah yang rendah2 pun ok jugak.

Pustaka Negeri
Kat sana dorang tengok video mengenai Pustaka Negeri dan langkah keselamatan semasa berada di sana. Pastu ada aktiviti lekat-lekat gambar dianjurkan oleh pihak pustaka Negeri. Auni punyalah sibuk cakap kat mamAuni "mama mama nanti mama ambil buku"...tau2 lah perpustakaan kan banyak buku.

Auni semasa persembahan tarian kebudayaan duduk sebelah Cikgu tau...
Hey kids..beratur betul2 lah
Lepas habis persembahan bebudak pulak naik atas pentas
Auni n mama
Depan Kg Budaya
Lagi depan Kg Budaya..peace..:)
Aktiviti di Pustaka Negeri.

Friday, 2 October 2015

✿ Back To The Root ✿

Apabila semua produk kosmetik mahal yang berada di pasaran nampak sama je di kulit muka mamAuni ni yang mamAuni nak cuba plak try pakai bedak amoi. Sebelum ni tak pernah pun pakai bedak amoi ni, walaupun sebelum ni mak mamAuni pernah suggest guna bedak ni..tapi oleh kerana mamAuni membesar di zaman yang lebih banyak pilihan kosmetik lain so, mamAuni abaikan saranan mak mamAuni. Yup dari mak dan makcik-makcik mamAuni pernah pakai bedak ni, sungguh ada yang pakai hingga ke hari ini. Dan kulit diorang pun amat jarang disinggahi jerawat.

Mula-mula susah jugak nak carik benda alah ni...sampai akhirnya mamAuni terjumpa di sebuah kedai runcit. Tersangatlah bajet bedak ni mamAuni beli dengan harga Rm 2.30. Bila research pasal bedak amoi ni ramuan utamanya ialah beras je, konfom bebas dari sebarang bahan kimia. Rasanya tak pernah lagi mendengar sesiapa yang menggunakan bedak ni mendapat kesan tak elok ke atas kulit walaupun bedak ni takde cop KKM. Bedak ni jugak rasanya lebih sesuai untuk orang-orang yang kulit berminyak dan berjerawat, ianya sebenarnya membantu mengeringkan jerawat. Kalau yang memang kulit kering dikhuatiri kulit menjadi semakin kering pakai bedak ni. Bedak ni lebih kurang bedak sejuk yang dibuat dari beras jugak cuma cara penggunaan nya berbeza. Kalau yang malas nak bancuh2 bedak sejuk bolehlah guna bedak ni.

Sedang dalam proses bereksperimen dengan bedak amoi ni, kut2 pasni kulit jadik halus mulus.

Amaran : Kalau pakai bedak amoi ni sila pakai di rumah sahaja, tidak digalakkan untuk memakainya semasa ke opis kerana dikhuatiri rupa seiras pelakon opera cina. huhu

Nostalgia betul tengok packaging bedak amoi ni..
 

Selain bedak amoi ni, losyen kat bawah ni turut mengembalikan nostalgia produk-produk lama. Losyen ni mamAuni pernah pakai dulu2 zaman remaja lagi. Cuma sekarang packagingnya dah lain sikit. Bau dia masih sama seperti dulu. Best jugak bila dapat pakai balik losyen ni..:)

Losyen tangan dan badan New & Trendy

Tuesday, 28 July 2015

✿ Mudahnya Memasak >> Part 32 ✿

Biskut Coklat Chips Panas2
Biskut raya 2015 mamAuni. Meh try buat biskut ni. mamAuni ambil resepi ni daripada FB Mama Kent. Serius sedap biskut ni, kalau makan confirm senyum lebar hingga ke telinga..tak tipu tau.

Biskut Coklat Chips

250 gram butter (mamAuni cairkan)
1 biji kuning telur
1 cawan gula kastor
Setengah cawan serbuk koko
1 cawan badam cincang
1 cawan coklat chips
1 sudu kecil esen vanilla

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
(tepung boleh tambah sehingga adunan sesuai untuk ditekap)

Gaulkan butter dan gula kastor sampai sebati.
Masukkan kuning telur dan serbuk koko. Adun sebati
Tuangkan esen vanilla, coklat chips dan badam cincang.
Last sekali baru letak tepung.
Bulat2 dan tekap dengan garpu.

✿ Mudahnya Memasak >> Part 31 ✿

Raya tahun ni buat popia seaweed ni..popia ni senang jer nak buat, dan senang jugak nak habiskan. Popia ni yang paling awal sekali abis.

Popia Seaweed 
Kulit popia
Seaweed  (mamAuni beli yang besar sekali)
Telur (ambil kuningnya)

>> Sapukan kuning telur di atas permukaan popia. Letakkan seaweed. Lpstu sapu lagi kuning telur di atas seaweed dan kemudian letak lagi sekeping kulit popia di atas lapisan seaweed. Gunting mengikut saiz yang dikehendaki dan akhir sekali goreng menggunakan minyak yang panas <<
 
Popia mamAuni yang telah siap digoreng

✿ Update Raya 2015 ✿

Alhamdulilah, tahun ini dapat beraya bersama-sama dengan suami n anak-anak tercinta. Tak balik beraya kat kampung sebab ayah Auni balik kejap je..sebenarnya seminggu sebelum raya tu mamAuni dah balik kampung dah melawat orang tua. So, mood beraya tahun ni tetap ada..and persiapan ala kadar jek. Tema baju kitorang tahun ni merah membara.

1 Syawal bergambar sebelum pergi beraya.

Ingat nak bergambar berdua jek..tetiba jer ada Auni join sekaki..jenuh jugak cakap kat dia nanti ambik gambar sama. Tapi dia buat x reti pulak dan excited sungguh dia buat "peace"




Banyak-banyak gambar mamAuni paling suka gambar ni. Spoilnya background tak berapa nak cantik
Dan akhirnya mamAuni cuci gambar kat tangga tu,,,dengan sedikit editan. Kasi tutup background buruk punya cerita. Agak pelik saiz gambar tu 16x16. Dah cuci tak sangka cantik walaupun guna henpon buruk aje.
Dikesempatan ini mamAuni sekeluarga ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri mamAuni sekeluarga dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...:)

Monday, 22 June 2015

✿ Mudahnya Memasak >> Part 30 ✿

Last week mamAuni buat Kek Cheese Leleh ni...kek ni kira senang lah jugak nak buat.

Bahan-bahan
6 biji telur gred A (2 daripadanya dibuang putih)
100 gram gula kastor
100 gram tepung gandum
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk (disimpan di dalam peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovalette
75 gram mentega (cairkan guna teknik double boil)

Krim Cheese
1 bungkus cheese tatura
1/2 tin susu pekat
>> mix kedua2 bahan hingga sebati dan tidak berketul <<

Topping
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT
>>parut dan tabur di atas kek <<

Cara-caranya
Masukkan semua bahan kecuali mentega dicairkan. Mix sehingga sebati dan keputihan. Kemudian masukkan mentega dan mix lagi sehingga sebati. Bakar pada suhu 120'C, selama 45 minit (15 minit pertama mamAuni letak di tray tengah, dan minit seterusnya letak di tray paling bawah). Suhu oven adalah bergantung kepada oven masing-masing. Biarkan kek sejuk dalam masa 1-2 jam. MamAuni biarkan dekat luar oven dalam 1/2 jam, then sejukkan dia lam peti ais. Ni kes tak sabar nak potong lah ni..

Setelah kek sejuk, potong dua kek. Letakkan krim cheese di kek yang telah dipotong tadi. Kemudian cantumkan bahagian yang satu lagi dan salutkan krim cheese di seluruh bahagian kek. Last sekali, parut cheese dan tabur di keseluruhan kek. Simpan kek di dalam peti es sebelum dimakan.


kek cheese leleh mamAuni..:)

Wednesday, 17 June 2015

✿ Ramadhan Al-Karim ✿

Ramadhan datang lagi. Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu kebaikan dan keberkatan kepada seluruh umat Islam termasuk diri mamAuni dan keluarga.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni isteri yang lebih taat, yang sentiasa menenangkan hati suami, yang sentiasa mendukung cita-cita suami dan menjadi isteri yang sentiasa dirindui oleh suami.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni ibu yang lebih prihatin, yang lebih ikhlas, yang lebih penyayang, yang lebih sabar, yang mampu memberi didikan terbaik untuk anak-anak dan segala yang terbaik untuk mereka.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni anak yang lebih baik, sentiasa menyenangkan hati ibu ayah dan lebih banyak berdoa untuk kesejahteraan mereka.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni pekerja yang lebih menepati masa, memanfaatkan setiap masa dengan mempertingkatkan ilmu dan menjadi pekerja yang lebih disenangi rakan2 lain.

Diharap Ramadhan kali ini menjadikan mamAuni insan yang tahu bersyukur dan sentiasa merasa cukup di atas semua kurniaaNya. Siapalah mamAuni untuk menidakkan setiap rezeki yang Allah limpahkan.

Syukur dikurniakan suami sepertiNya, jika semua kelemahan suami membawa mamAuni ke Syurga. Biarkanlah dia begitu,,,janganlah Allah sempurnakan semuanya kerana mamAuni pun bukan insan yang sempurna.

Syukur dikurniakan sepasang anak-anak yang comel yang keletah mereka sentiasa mengisi masa lapang mamAuni.

Syukur masih dikurniakan ibu dan ayah, di mana tempat mamAuni bermanja dan mengadu di saat susah dan senang.

Syukur dikurniakan pekerjaan,,sekiranya suasana pekerjaan mamAuni sekarang ini menjadikan mamAuni lebih pandai dalam bekerja. Janganlah Allah jadikan suasana ini lebih selesa.

Syukur dengan apa yang ada. Semoga rasa syukur ini masih ada sekiranya satu hari nanti ada antara nikmat ini yang Allah tarik. Kalau tiba saat itu jadikan mamAuni lebih tabah, redha dan terus bersyukur. Sekiranya juga kehidupan kaya raya dan impian lain mamAuni yang belum tercapai melenyapkan rasa syukur dan redha ini, lebih baik semua itu dijauhkan dari diri mamAuni.

Syukur.syukur ya Allah...jangan lah terbitkan rasa cemburu dan iri hati mamAuni pada kesenangan orang lain. Janganlah terbitkan rasa berburuk sangka mamAuni pada orang lain juga. Jauhkanlah rasa berdukacita, rasa malang dan rasa pasif pada diri mamAuni.

Wahai insan yang terbaca apa yang mamAuni tulis ini...tolong berniat benda yang sama juga untuk diri sendiri dan doakan juga yang baik-baik untuk orang lain di sekelilingmu.:)


Tuesday, 16 June 2015

✿ Mandian ✿

Sejak kebelakangan ni mood rajin update blog datang balik...

Sedang bermood update je lah kan. Haa ni nak cerita sal kehidupan semenjak tak share krim mandian ngan ayah Auni. So dah ayah Auni g training, sesukahati mamAuni jer tukar krim mandian. Ayah Auni agak cerewet dalam memilih krim mandian ni...kena tanya dia dulu sebelum beli. Kalau beli sebarang confirm banyak pulak komplen dia. Sebelum ni kitorang agak gemar beli krim mandian lifebouy jer. Alasan ayah Auni dia suka sebab banyak buih dan pekat.

Pastu dah sorang2 ni, mamAuni rasa nak tukar selera ke krim mandian lain pulak. Belek punya belek mandian yang ada di supermarket, lastly mamAuni terbeli Shokubutsu Green Tea Harmony ni.

Shokubutsu Green Tea Harmony
MamAuni suka bau dia n bau dia pun tak terlalu kuat. Pastu yang mamAuni perasan dia tak lah sepekat lifebouy n senang nak bilas. Kalau compare ngan lifebouy rasa mamAuni lagi suka krim mandian ni. Pasni kena goda ayah Auni supaya tukar ke krim mandian Shokubutsu pulak. :)

Sekarang ni jugak mamAuni tengah rajin menscrub badan. Sebelum ni pernah jugak buat scrub badan homemade guna beras pulut. Memang lembut kulit pakai scrub beras pulut tu. Yang tak bestnya pulak bila menscrub badan habis kotor lantai bilik air...terpaksa pulak lepas tu buat kerja-kerja menyapu bilik air plak. So, untuk memudahkan kerja2 menscrub badan, mamAuni try lah beli scrub badan yang ada di pasaran terdekat. Survey nye survey lastly mamAuni beli scrub badan by D'Herbs, flavour : coffee + coklat. Sebelum tu mamAuni memang teringin sangat nak pakai scrub coffee ni bila melihat orang jual scrub coffee on9. Penjual tupun buat scrub tu homemade jer..rupa scrub tu betul2  macam serbuk kopi. Ntah2 kalau tak habis, boleh bancuh jadik kopi pulak.haha.. Terimagine kalau pakai dia mesti bau coffee yang best sangat....(macam bau kopi panas2 gitu)...adui bestnya bau coffee kan.

So, oleh kerana malas nak main pm2 penjual on9 senang cerita mamAuni beli scrub coffee sendiri kat stokis kecantikan yang ada jerlah. Carik nye carik mamAuni tak jumpe pulak scrub coffee yang jual macam on9. Yang ada scrub coffee D'herbs ni jer..tupun ada campuran coklat. MamAuni beli jerlah lagipun harga dia taklah mahai sangatkan.

Scrub Badan D'Herbs Coffee + Coklat
First time mamAuni pakai taklah seperti yang mamAuni imagine sebelumni. Bau coffee dia macam bau coffee dan coklat sikit. Tak kuat sangat. MamAuni pakai seminggu 3 kali. Lepas pakai dia memang kulit lembut sangat tak payah dah nak pakai lotion segala. Ok jugaklah scrub badan D'Herbs ni, boleh bersihkan daki2 degil kat badan. MamAuni baru pakai dalam 2 minggu. Mungkin kalau rajin pakai dalam tempoh panjang, kut2 badan jadik halus mulus + putih. Sangat teringin nak pakai scrub coffee yang homemade tu. Tunggu lah scrub badan D'Herbs ni habis baru beli yang tu pulak. Tak baik membazir tau. :)

Friday, 12 June 2015

✿ Auni dan Sembelit ✿

Start minum susu formula

Since Auni umur 2 months camtu sebenarnya mamAuni dah start bagi dia susu formula. Yup anak pertama mamAuni akui belum berapa berpengetahuan pasal dunia BF, kesudahannya susu badan sendiri drop. Terpaksalah beri dia susu formula. MamAuni akui mamAuni bukanlah ibu yang sempurna...yang pastinya setiap duit yang mengalir untuk beli susu formula Auni tetap dihalalkan dan semoga anak mama membesar menjadi anak yang bijak dan solehah.

Kisah Auni dan sembelit

mamAuni perasan Auni sembelit sejak start bagi dia solid food. Memula tu bagi dia bubur nasi yang diblend dan dicampur buah, sayur dan ayam/ikan. Sembelit dia datang makan bubur camni. Setiap kali membuang konfom akan nangis. Siksanya tengok anak sendiri sembelit, kalau boleh biar mamAuni yang sembelit takpe. MamAuni rasa Auni ni mewarisi sembelit dari mamAuni sendiri. Yang mamAuni ingat dulu2 masa kecik mamAuni pun sembelit jugak...pastu dah besar sikit (remaja) sembelit tu hilang sendiri. Cakap suka makan sayur dan buah2an rasanya takde pun. Sampailah masa mengandung sembelit tu datang lagi, satu ketika tu terus jadik buasir. Kite yang dewasa ni sembelit takpelah pandai2 lah minum air bertong2 nak elak sembelit tu kan. Sekarang pun kalau tak amal minum banyak air sembelit tu datang jugak.

Susu Formula

Anmum : Anmum ni adalah susu formula pertama mamAuni bagi dia, minum susu ni najis dia jadik hitam dan berbau ya amat jadik mamAuni stopkan. Sebab mamAuni rasa susu ni tak serasi dengan dia sebab tulah najis dia jadik camtu.

Snow : Ni pulak susu kedua mamAuni bagi kat dia. Pastu mamAuni stopkan sebab rasa nak bagi enfa kat dia plak bila dengar enfa kononnya bagus untuk perkembangan anak. Masani Auni tak sembelit lagi sebab belum start makan solid food.

Enfa : lama gak lah Auni minum susu ni, susu ni agak mahal berbanding yang lain. Tapi time tu mamAuni fikir takpe bagi dia susu mahal sbb Auni tak lama breastfeeding dengan mama dia. Mahal-mahal enfa ni dia sembelit jugak.

Sustagen : pastu mamAuni tukar ke susu sustagen. Kot2 lah sesuai ngan Auni dan sembelit dia berkurangan. mamAuni pilih susu ni sebab brand dia sama ngan enfa (Mead Johnson). Tapi susu ni tak sesuai jugak, still sembelit.

Dumex > Dupro (1-3 tahun) : antara susu yang tersenarai di atas ni rasa ni paling sesuai. Auni dah tak sembelit minum susu ni. Auni minum susu ni hingga umur dia cecah 3 tahun.

Dumex > Dugro (3-6 tahun) : bila umur dia dah 3 tahun mamAuni terpaksa tukar ke dumex dugro sebab dumex dupro yang ada di pasaran step hingga 3 tahun sahaja. So, takde choice lain ambik dumex dugro lah jawabnya.  Minum dumex dugro ni sembelit dia datang balik.

Dutch Lady (4, 5, 6) : mamAuni ambik Dutch Lady pulak bila Dumex dah tak sesuai. Dutch Lady ni pun sama gak still sembelit.

Dumex > Dugro Fruit & Veg (3-6) : sekarang mamAuni tengah cuba yang ni. Rasa macam ok jer. Sekarang ni dah paket kedua nak habis. Kalau sesuai mamAuni akan teruskan. Berharap sangat susu ni sesuai dengan dia. Dah tak berani dah beli stok susu sekaligus. Tengah2 fikir stok susu Dutch Lady yang berbaki 2 paket tu nak bagi sapa pulak. Malas nak jual, bagi free jek, tapi msti budak yang diberi tu minum betul2 susu tulah.

Kelebihan ada anak seperti Auni ni dia jenis tak memilih susu, alhamdulilah. Tukar 10x susu pun dia teguk jugak. Botol susu pun sama jenis tak memilih. mamAuni buat kesimpulan di sini untuk susu formula tak semestinya yang mahal tu bagus dan sesuai untuk anak sendiri.

 Penyelesaian Bila Sembelit

1.Bagi buah-buahan dan sayur.

Ni advise biasa yang diberi doktor bila bawak dia g klinik. Biasalah budak2 mungkin dalam 1 dari 10 orang akan gemar makan sayur. Auni time kecik memang tak nak makan sayur. Dah besar sikit nak jugaklah tapi memilih jugak sayur apa dia nak. Buah-buahan pun dia memilih gak...pisang memang dia tolak. Epal, anggur dia makan tapi rasa tak berapa membantu penghadaman dia. 

mamAuni bagi dia makan betik. Lama jugaklah Auni makan betik. Betik ni agak membantu lah jugak, kalau dia makan memang takkan sembelit. Dekat rumah mamAuni mesti ada stok betik masa tu. Sampai satu ketika, badan Auni mula tukar jadik kuning, mungkin sebab terlalu makan banyak betik kut. MamAuni memula tak perasan, yang perasan nenek dia tegur apahal tangan dan muka dia kuning ni. Pastu ada sekali dia ikut ayah dia g beli betik. Cina jual betik tu memang dah familiar dengan ayah Auni sebab kerap sangat beli betik kat dia. Cina tu suh stopkan makan betik tu sebab tengok kulit Auni dah kuning. Semenjak tulah mamAuni stopkan dia makan betik. mamAuni tak pernah pulak tau banyak makan betik boleh sebabkan kulit tukar jadik kuning. Sekarang ni mamAuni bagi dia makan limau jek.

2. Bagi minum banyak air kosong.

Minum banyak air kosong ni memang tak jalan ngan Auni sebab dia bukan jenis suka minum air kosong. Nak je dia minum susu...susu...susu. Rasa kalau dia nak minum air kosong banyak masalah sembelit ni akan selesai...tapi masalahnya dia tak nak.

3. Cairkan susu.

Doktor tak galakkan sebenarnya buat camni. Tapi membantu jugak. mamAuni tak nak amalkan cairkan susu ni takut terbiasa nanti dan badan dia tak dapat khasiat susu yang diminum. Setahu mamAuni susu fm ni perlu disediakan ikut sukatan yang betul bukan main cair2.

4. Kurangkan makan solid food.

Ni pun agak berkesan gak, bila dia kurang makan solid food senang sikit dia nak membuang. Tapi kesian lah dia, dahlah cekeding takkan minum susu je kan. Yang ni pun mamAuni tak nak amalkan sangat. Kecuali dah kerap sangat dia sembelit. Kekadang tak bagi dia solid food pun dua hari camtu je. Pastu dia membuang mamAuni bagi solid food balik. Bila bagi solid food balik..aduhai sembelit pun datang balik.

5. Ubat-ubatan.

Bila dia dah tak berak sampai 3 hari camtu mamAuni akan bawak dia g klinik. Selalu doktor akan masukkan ubat berak kat bontot. Sungguh mamAuni tak pernah buat kat dia, doktor yang buat. Pastu dalam 15 minit camtu dia akan berak lah. 

Dah dia besar sikit memang tak pernah dah bagi dia ubat berak masuk bontot tu, sebab dia konfom tak nak. Kesian plak nak siksa paksa2 dia. Ingat best ke orang tonyoh benda tu kat bontot. So, alternatif lain mamAuni bagi dia ubat Lactul pulak (jenis cecair diminum). Ubat ni boleh cairkan najis. Selalu kalau dia minum malam pagi esok pasti dah membuang. MamAuni pun tak amalkan ubat ni sangat kecuali terdesak, takut dia terlalu bergantung ngan ubat untuk membuang lah pulak.

6. Tukar susu.

Ni jugak alternatif yang boleh diambil untuk tengok keserasian anak dengan susu. Yup susu yang diminum memang mempengaruhi penghadaman anak untuk anak-anak yang sebaya Auni ni. Tahap-tapak yang dikira masih kerap menyusu lah. Semoga susu yang ada sekarang sangat sesuai untuk Auni dan yang terakhir mamAuni tukar. In Syaa Allah.


p/s : ibu-ibu di luar sana yang punya masalah anak sembelit macam mamAuni. Sabarlah dan berusaha untuk anak sendiri. Setiap anak tu dugaan untuk kita yang mendewasakan dan lebih mematangkan kita dalam membuat keputusan. Alhamdulilah, syukur kepada Allah dikurniakan anak semanis Auni. :)

✿ Pobling Sonic Vibration Deep Pore Cleanser ✿

Sori gambar agak kehijauan kesan dari langsir bilik mamAuni yang hijau ;p
Pobling mamAuni beli on9 dah sampai dah.
Secara jujur bersihkan muka kai bendani rasa bersih dari biasa dan yang bestnya jugak vibration nya seolah2 dia massage muka kita. Berus dia pun agak lembut...rasa macam bukan berus pun ada. mamAuni beli murah jek RM 22.00 kat Lazada. Cuma mamAuni terfikir kalau berus dia ni dah berterabur nanti nak beli kat mana yek..takkan nak beli pobling baru kut. Kepala berus ni boleh tukar rasa.

Fungsi benda ni adalah untuk ; 
(sori ayat kopi n pes dari lazada n korang translate lah sendirik)
  • Refreshing pore cleaning for your stressed skin.
  • It's a deep pore cleaner and works great for all skin types.
  • Remove makeup, clear pores, removes blackheads and dead skin cells.
  • Leaves your skin feeling clean & smooth with a healthy glow.

pobling-pore-sonic-cleanser-murah
Sori en Google saya pinjam gambar :)

✿ Aktiviti Cuti Sekolah ✿

Cuti sekolah 2 minggu ni takde g memana pun..kat Kuching je. Lagipun yang cutinya dak sekolah (Auni), mamAuni tak cuti pon. Untuk menghilangkan bosan si kakak Auni kat rumah kitorang jejalan lah jugak..jejalan tempat yang dah selalu pergi jugak sebenarnya.


Lokasi Jejalan pertama : Taman Sahabat
Ingat datang sini nak bagi makan ikan,,,tapi kebetulan time pergi tu tempat jual makanan ikan tutup lah pulak termasuk restoran2 yang ada kat situ. Pekerja restoran Taman Sahabat ni cuti sekolah ker aper.

Tengok air pancut pun jadik lah.
Lai..lai..lai ambik gambar kat kerusi kucing + panda

Suka suki hati jejalan kat Taman Sahabat

Lokasi Jejalan Kedua : Pantai Damai
Ha yang ni kitorang jejalan kat Pantai Damai. Kebetulan pulak kakak mamAuni datang bercuti balik kampung hubby dia. Piknik konon terus lah kat sini. Ramai tul orang mendamaikan hati kat Pantai Damai cuti-cuti sekolah ni.

Menikmati keindahan Pantai Damai.
Piknik dengan masakan sendiri.
Lokasi Jejalan Ketiga : Playground
Tempat ni bukan jek cuti sekolah. Cuti weekend pun memang selalu pergi. Cuma bezanya pergi kali ni datang dengan si comel Azra. Kitorang main kat Boulevard n City One Mall. Gambar2 kat bawah ni kat Boulevard jer..yang kat City One boleh plak lupak nak ambik gambar.

Geng bas skola.
Jum lumba naik tangga.
Sepupu sepapat.

Thursday, 4 June 2015

✿ Servis Kereta @ Petronas ✿

4 Jun 2015

Sang viva dah sampai waktu nak servis bah...mamAuni servis kat petronas jek.

Tukar minyak hitam dan oil filter...sebenarnya first time servis kereta sendiri.

Selalu ayah Auni yang tolong serviskan,,,tapi kali ni officemate lelaki temankan jadik ambik keputusan servis kat petronas. Harga dia pun tak jauh beza rasanya. Memula mamAuni dah pergi sorang dah nak g servis, last2 mamAuni tak jadik pura2 tanya jek berapa minyak dorang. Boleh camtu,,,tanya2 pastu tak jadik. Secara peribadinya mamAuni tak berapa konpiden nak g servis sesorang.

mamAuni ambik minyak Syntium ni...sebelumni pun ayah Auni tukar guna minyak ni jugak. Kalau compare ada gak minyak lain lagi murah >> minyak perodua @ mach5, mamAuni tak tau lah ori ke tak minyak Syntium ni...konpiden jeklah sebab servis kat petronas...miahaha

pinjam gambar minyak syntium en google jap...:)
Kos servis kalini..

Minyak Syntium : RM 96
Oil Filter : RM 18
Labour Charge : Takde
Total : RM 114

Minyak syntium ni ada lebih ckit, kawan mamAuni cakap simpan jek...nanti servis seterusnya leh kumpul lebihan minyak yang sama, selalu 3x servis lebihan minyak tu boleh guna untuk 1 x servis. mamAuni baru tau bendani. Selama ni ayah Auni buat camner ye???
Jawapannya : ntah tak tau...

Mekanik tu turut bersihkan aircond air filter (dia bukak then blow angin, buang2 habuk dan kekotoran), isi air wiper n air coolant jugak.

Next servis : 5,000 km seterusnya
**harap2 lepasni konpiden tu menebal sikit nak g servis**

Bingung bila buat research dalam tenet pasal radiator coolant (air warna ijau) tu kereta mamAuni ade ke x ye...tunggu lah ayahAuni kol boleh tanya dia, susah betul orang training kat Pulapol ni, henpon pun kena ambik. Kawan mamAuni pun baru tanya mamAuni lepas g servis tu..:(

Thursday, 28 May 2015

✿ Gila Nak Cantik ✿

Wanita dan kecantikan tukan tak dapat dipisahkan. Macamtulah feeling mamAuni....rasa gila nak cantik. Ok rasa macam nak gila ok. Gila nak ade kulit halus malus. So mamAuni pun review lah apa produk-produk kecantikan yang wanita-wanita lain di luar sana pakai. MamAuni pasni nak berusaha nak dapatkan kulit cantik..kalau nak cantik je xde usaha memang tak jadik lah kan. Bila tengok muka-muka dorang dalam blog. Gila halus macam artis. Ker 360 app edited??

Sekarang masih guna produk loreal (pencuci muka, toner dan krim siang), tapi sejak kebelakangan ni (bila usia semakin tua) rasa nak tukar produk je. Bukan tak serasi dengan loreal, so far sangat ok dah muka mamAuni kalau berbanding dulu. Cuma yelah belum lagi tahap yang mamAuni impikan, especially tang bekas-bekas jerawat kat muka ni. 

Dalam banyak-banyak review tu mamAuni baca ramai gak yang guna produk Safi. Kalau ikut range harga memang Safi dikategorikan produk mampu milik, means student pun boleh pakai. Kalau ditakdirkan Safi sesuai dengan mamAuni, ofkos menjimatkan bajet di situ. Rasa macam nak bertukar ke Safi, pastu terbaca banyak jugak review Safi buat muka mereka teruk terus mamAuni cancel. MamAuni takut elok-elok muka dah ok, terus jadik teruk lah pulak...hrmmm

Pastu, godek nye godek review produk yang diguna wanita di luar sana. MamAuni terperasan pengguna Clinelle juga bagik respon yang agak baik. So mamAuni rasa nak try produk ni. Harga dia setanding gak ngan produk loreal ataupun lebih mahal (tak pasti kat situ sebab mamAuni cuma beli krim malam je). Buat permulaan mamAuni cuba dulu krim malam dia memandangkan mamAuni memang tak pakai krim malam kan. MamAuni baru pakai seminggu dua. Belum ada sebarang perubahan memberangsangkan. Produk ni xde kandungan alkohol...bau dia macam bau ubat sedikit (bukan kategori krim yang wangi lah). Kalau dah habis pun xde perubahan gak..better mamAuni try Safi plak. Kot-kot boleh cantik macam Rozita Che Wan...ahaks.

✿ Perfume oh perfume ✿

Ni cerita pasal perfume. MamAuni bukanlah jenis yang setiap hari kena pakai perfume. Perfume bukanlah kewajipan mamAuni. Asalkan badan tak berbau sudah memadai. Perfume bila kat badan mamAuni tindak balas bau dia jadik agak kuat. Macam mandi perfume lah pulak, padahal mamAuni dah sembur ala kadar di tempat yang sepatutnya dan perfume yang mamAuni guna pun bukan lah perfume mahal harga ribu riban. Mungkin sebab kulit mamAuni jenis berminyak ataupun haba badan sendiri yang terlalu kuat, tulah tindak balas perfume tu jadik kuat jugak kut (tu teori mamAuni je, percaya jangan...). Sebab tulah x berapa gemar nak pakai, kekadang je pakai kalau mood nak melaram datang atau bila mood nak mengoda en suami datang.

Macamana nak bagi bau perfume jadik lasting???

pakai sebelum berpakaian >>> 
perfume tu akan meresap ke kulit kita tanpa terganggu oleh pakaian @ aksesori yang dipakai. Semburan terus ke kulit juga membantu penyerapan yang lebih baik.

pakai selepas mandi >>> 
dipercayai kulit yang masih lembab selepas mandi membantu penyerapan perfume ke badan kita. Boleh jugak menyembur perfume selepas menggunakan losyen. Tapi make sure losyen tersebut tidak berbau yang akan menggangu aroma perfume itu sendiri.

pakai di bahagian peredaran darah badan kuat / sendi badan >>> 
sembur kat pergelangan tangan, leher, belakang telinga, siku @ belakang lutut.

Sembur bukan mengosok >>>
 lepas sembur takyah nak gosok2 plak...biar dia meresap sendiri ke kulit.

Simpan perfume di tempat suhu  dan cahaya sederhana >>>
Elakkan menyimpan perfume di tempat yang terlalu panas @ cahaya yang kuat kerana dipercayai akan menjejaskan kualiti perfume itu sendiri.

Pilih Perfume Yang Kepekatannya Paling Tinggi >>> 
Terdapat 4 tahap kepekatan perfume yang dijual di pasaran. Semakin pekat perfume tersebut, semakin lasting bau wangiannya;
1. Colonge - Kurang dari 3%
2. Eu De Toillette (EDT) : 3% - 8%
3. Eu De Parfum (EDP) : Kepekatan patinya 10% - 15%
4. Perfume (Parfum) : Kepekatan patinya yang paling tinggi 20% - 50%. Harganya adalah yang paling mahal dibandingkan dengan yang lain..


Antara banyak2 perfume yang pernah mamAuni beli,  mamAuni suka bau perfume kat bawah ni ;

Wild Lily By Body Shop
Memula pakai bau dia agak rare...tapi lelama aroma wangian sebenar keluar. MamAuni nak explain bau dia camne pun x reti, sebab dia ada bau tersendiri. Kalau mamAuni cakap bau dia buat kita berimaginasi pasal hutan, boleh tak? Yang pastinya mamAuni suka sesangat ngan bau dia. Wild Lily ni jugak didatangkan dengan oil perfume dan baunya tentulah lebih lasting.


She - Warna Merah (Xtau Pe Flavour)
Pernah beli sekali kat airport. Tindak balas dia kat mamAuni agak kuat. Sampai ada orang tanya mamAuni pakai perfume ape, dia ingat perfume brand mahal. Hokey,,,mahal lah sangat!! Feeling macam mak datin bila pakai dia. Habis jugak lah sebotol mamAuni guna. (mamAuni jenis payah nak habiskan perfume)



Far Away By Avon
 Dah lama tak beli perfume ni...time zaman muda-mudi dulu selalu gak beli. Sekarang jgnkan beli, jejak kaki ke outlet Avon pun x pernah dah. Bau perfume ni sedap gak...sweet2 gitu. Bau dia mengembalikan nostalgia zaman bercinta dulu..:)


Tuesday, 14 April 2015

✿ 13 April 2015 >>> Tukar Bateri Kereta ✿


13 April 2015 (Isnin)


Cerita ni cerita semalam sebenarnya, mamAuni nak hantar adik ipar g epot
Cuak..
Tulah perasaan mamAuni bila kereta takleh start

Tengok2 xleh start lah si viva ni...
Nasib baiklah kereta en husb ada...kalau tak telefon teksi lah jawapnya

Ofkos lah cuak..dengan en husb takde kat sini..sapa nak g baiki si viva ni
Selama ni pun en husb lah jadik tukang selenggara
G servis, tukar tayar, tukar bateri semuanya dia
mamAuni woksyop mana pun tak berapa tau
Secara jujurnya mamAuni dah tak ingat bila kali terakhir bateri si viva ditukar

Pas hantar adik ipar kat epot banyak betul persoalan berlegar kat otak ni
Kenapa xleh start ni?? (mayB bateri kong kut)
Adooi camana nak bawak kereta ni g workshop??
Workshop ok katne ye??
Sapa nak kontek  mintak tolong ni??
Costing pembaikan??

Akhirnya pikir nye pikir mamAuni mintak tolong orang kat dalam kuarters ni jugak
Lagipun semalam mamAuni ambik cuti, baik urus
Kalau member ofis tolong kena tunggu esok lah pulak kan

Memang bateri kong pun...ingat kereta ni kena jumper ker ape nak bagi jalan balik hantar worksyop
Tengok2 dorang tolak pastu camne tah..mungkin ada tekan minyak, clutch apa...
Terus boleh start
mamAuni bagi dorang RM 200.00
Dah tanya member2 n family kat wassap macamtulah kos dia kalau nak tukar bateri kering


Haa boleh tengok resit ni..siap ada GST tulis tangan lagi tuh..
Tapi malas lah nak buat repot bagai
Yang penting kereta dah boleh jalan n menghilangkan rasa cuak ni jugaklah
 Thanks pada insan2 yang baik hati dan ikhlas membantu mamAuni
mamAuni baru tanya worksyop mana yang ok
terus datang umah tolong hantar g worksyop sekali..
 

Moral of story : Jangan biar suami jer duk urus hal2 kereta,,,kan dah cuak dah!! 

Friday, 10 April 2015

✿ Syukur mamAuni Sarawakian ✿

Seriously, mungkin ada yang membaca tajuk entri mamAuni ni beranggapan ianya berbaur sedikit racist.
Tapi rasa tak salah untuk mamAuni mengucapkan rasa syukur...Syukur dilahirkan sebagai orang Sarawak dan juga melahirkan generasi Sarawak. Sarawakian yang punya tanda 'K' di sebelah bawah pada kad pengenalannya. Siapa kata tanda 'K' tersebut tidak punya apa2 makna? Yup tanda 'K' tersebutlah yang mengesahkan hak anda sebagai Bumiputra Sarawak.

MamAuni terpanggil untuk menaip entri ini selepas kesukaran adik ipar (Sabahan) mamAuni sendiri untuk mencari pekerjaan di sini. Bukan sahaja mencari pekerjaan malah menetap di sini juga diberi tempoh tertentu. Seperti sedia maklum, ketika kemasukan Sarawak ke Tanah Melayu (sekarang Semenanjung Malaysia), Sarawak telah menetapkan 20 syarat termasuklah memperketatkan kemasukan orang luar ke Sarawak dan orang Sarawak pula adalah "Free Low" untuk masuk ke mana-mana negeri di Malaysia.

Kesannya seperti yang kita lihat sekarang ini ialah, pekerjaan di Sarawak terutamanya Syarikat-Syarikat Swasta diberi keutamaan besar kepada Bumiputra Sarawak sahaja. Selain itu, mana-mana individu dari Sabah @ Semenanjung perlu mendapatkan pas lawatan apabila berkunjung ke sini. Pas lawatan tersebut sah untuk tempoh 90 hari dan selepas tamat tempoh 90 hari itu, boleh memohon dari pihak imigresen untuk dilanjutkan 90 hari lagi. Selepas tamatnya tempoh 90 hari kedua ini,  individu berkenaan perlu keluar dari Sarawak dengan serta merta.

Alhamdulilah, akta imigresen ini sedikit sebanyak melindungi hak-hak kami sebagai Bumiputra Sarawak (walaupun hakikatnya tidak sepenuhnya). Kurangnya golongan PATI di Sarawak tentunya membawa keamanan dan rasa selamat tinggal di sini. Pergilah mana-mana daerah di Sarawak, jarang sekali terdapat PATI berkeliaran, dan masyarakat di sini lebih mudah dicam walaupun berbagai etnik. Ianya tentunya menimbulkan rasa kepercayaan untuk kami berasa selamat di sini. Kalau dibandingkan di negeri-negeri lain di Malaysia (tak payah ambik jauh Kuala Lumpur jelah) dipenuhi lambakan pendatang asing yang entah datang dari mana sekaligus mendatangkan rasa tidak selamat dan seolah-olah kita bukan berada di tempat sendiri. Peluang pekerjaan juga terus dirembat oleh mereka atas dasar majikan boleh menggaji mereka dengan gaji yang lebih rendah dan sesetengah majikan menyukai mereka dengan alasan mereka lebih rajin berbanding warga tempatan. Amat sedih kan bila hak kita sebagai anak kelahiran sesebuah Negeri tersebut ditidakkan.

Sekiranya Akta Imigresen ini juga tiada, mamAuni boleh kerat jari lah ofkos banyak warganegara Malaysia (bukan Bumputra Sarawak) yang mencuba nasib mencari peluang pekerjaan di sini. Impak daripada itu, tentunya meningkatkan persaingan peluang pekerjaan bagi golongan bumiputra sendiri. Amat sedih sekali sekiranya golongan Bumiputra sendiri tidak bekerja, sedangkan peluang pekerjaan yang ada diambil oleh orang luar. Buktinya, ramai warganegara Malaysia (bukan Bumiputra Sarawak) yang berkahwin dengan orang tempatan di sini, dan membuka perniagaan dengan lesen perniagaan yang didaftar atas nama pasangan. Dan dari pemerhatian mamAuni, kebanyakan individu-individu yang berkahwin dengan pasangan tempatan ini mengambil peluang memohon untuk diberikan taraf Bumiputra Sarawak, dan selepas diluluskan terus bermastautin di sini.

Bilamana sesetengah kelompok masyarakat menyuarakan tidak puas hati terhadap Akta Imigresen Sarawak ini atas dasar ianya tidak punya semangat 1 Malaysia, kerana menyekat kemasukan bukan sahaja pendatang asing malahan warganegara Malaysia Sabah dan Semenanjung yang lain. Tahukah anda apa yang kami bayar untuk hak kami? Hasil bumi Sarawak hampir 90% diambil untuk kemajuan di Malaysia (tanah Semenanjung khususnya), sedangkan pembangunan di Sarawak sendiri masih banyak yang ketinggalan. Janganlah berkata kami orang Sarawak sangat bertuah, tetapi sebaliknya Malaysia lah yang bertuah kerana memiliki Sarawak yang antara lainnya merupakan penyumbang terbesar pendapatan Negara. So, untuk orang luar yang masuk ke Sarawak tolong jangan persoalkan tentang Akta Imigresen Sarawak ini, kerana inilah yang tinggal untuk masa depan anak-anak kami di Sarawak.


✿ Really Miss Him ✿


Thank You For Being In My Life
Thank You For Being My Husband
Your Struggles Always Give Me Strenght
And I Will Always Stand By Your Side Through Difficult And Easy Times

Dear Husband,
Miss U Deeply For A Month
And Another 8 Months Leave

Cant Wait Till U Come Back Home
And I Always Know
Happines Is What U Always Bring For Me...:)

 

 

Wednesday, 1 April 2015

✿ Welcome GST ✿

Resit pertama mamAuni di hari pertama GST dikuatkuasakan (1 April 2015). Tak taulah kenapa sekarang dah beresit lah pulak pos laju ni...nak kata pengguna boleh tuntut balik rasa pengeluar jer lah boleh kut. Sebagai pengguna tak payah lah rajin sangat menyimpan resit yang ada kecuali lah kita diberi hak untuk menuntut.

 Kesimpulannya untung untuk pengeluar jelah, pengguna pulak jadik mangsa keluarkan duit lebih. ok babai... Harap-harap ini hanya April Fool sahaja...
April Fool lah sangat...:(

✿ Volcano ✿

Rezeki kena bawak makan kat tempat ni..lokasi dia kat cyberjaya. Mula2 ingat masakan jepun ala2 sushi camtu. Rupanya lebih kepada steamboat (juga bayar ikut kepala). Apa yang bestnya restauran ni berbanding restauran steamboat kat Sarawak ; 

1. Pilihan lebih banyak dan fresh. 
2. Beroperasi siang hari. 
3. Harga yang dikenakan termasuk harga air (boleh tambah sesukati)
4. Setiap orang ada periuk steamboat sendiri (boleh bubuh ikut citarasa memasing)


Berbaloi2 sangat makan kat sini. mamAuni terfikir bilalah restauran ni nak ada plak kat Kuching..:)

Wednesday, 18 February 2015

✿ VCOA by Treenea ✿



18 Februari 2015 (Rabu)

Bercerita pasal VCO catalyst yang mamAuni ambil sebelumni...sebenarnya vco (aprikot kernel oil) tu belum habis lagi..skang mamAuni consume plak VCOA by Treenea ni. MamAuni kalini ambik Miera Bella Kolagen sekali (ni kes nak kulit halus mulus)..oleh kerana brand dia treenea, mamAuni pun start makan softgel treenea jugaklah. Nanti dah habis dua benda ni baru makan saki baki vco catalyst tu pulak. Rasanya takde byk beza pun dari segi kandungan, dua2 vco ni mengandungi antioksidan yang tinggi. Cuma paket dan brand jer lain...khasiatnya masih khasiat minyak kelapa dara.

Kalau tengok dalam gambar tu dari kiri Miera Bella, VCOA dalam bentuk pil softgel dan VCOA dalam bentuk cecair. Yang cecair tu mamAuni gunakan untuk sapu kat muka jer, lebih jimat berbanding amik satu pil softgel dan letak kat muka. MamAuni order dari kawan kepada kakak mamAuni. 

Miera Bella (RM 50 - agak murah mayB harga promosi penghabisan stok), VCOA dalam bentuk softgel dan minyak (masing-masing berharga RM 43). Kalau dibandingkan dengan harga VCO Catalyst memang agak murah lah kan.:D

Secara peribadinya,,,mamAuni ambik VCO catalyst sebelumni rasa memang serasi ngan badan. Apa yang mamAuni perasan ialah cerita membuang pun agak teratur. Setakatni mamAuni terperasan jugak kalau ada jerawat yang singgah memang cepat kecut dan kering. Pasal parut tu belum lagi menunjukkan perubahan yang drastik, mungkin ambik masa 3,4 bulan..In Syaa Allah. Ok nanti ada masa mamAuni update cerita pasal testimoni VCOA treenea plak..:D