Mereka Di Sana

Friday, 20 January 2012

✿ Lagi kisah bayi tersedak susu ✿

Pagi ni mamAuni ada terbaca kisah 2 bayi yang tersedak susu dan meninggal dunia di laman Berita Harian. Siapa2 yang belum baca berita ni boleh klik link kat bawah ni.

 

MamAuni dan banyak sangat dah dengar berita tentang bayi tersedak susu ni. Ni lagilah, kes tersedak susu dan meninggal dunia membabitkan 2 bayi. Dengar berita seperti ini mamAuni takut nak hantar anak sendiri ke pusat asuhan. MamAuni juga faham keadaan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak ke sana kerana mamAuni pun sendiri ibu yang bekerja. Terpaksa lah menghantar anak ke pusat asuhan kerana tiada pilihan lain kan.

Pusat asuhan diminta ambil iktibar atas kes tersedak susu ini dan kes2 yang telah terjadi sebelumnya.Rasanya bukan pusat asuhan juga, bayi tersedak susu dan meninggal dunia di rumah pengasuh pun mamAuni pernah dengar. Bagi mamAuni kejadian yang membabitkan kematian 2 bayi ini adalah atas kecuaian pusat asuhan itu sendiri. Pusat asuhan memikul tanggungjawab yang besar kerana salah satu tanggungjawab adalah untuk menjaga keselamatan nyawa bayi2 yang dihantar ke sana. Pemantauan yang rapi harus dilakukan ke atas setiap bayi, selain memastikan pekerja2 pusat asuhan yang diambil terlatih dan bukannya semata-mata ingin mengaut keuntungan.   

Takziah mamAuni ucapkan kepada kedua-dua keluarga bayi yang meninggal. MamAuni tumpang simpati dan tak dapat bayangkan kalau perkara seperti ini terjadi dalam keluarga sendiri. MamAuni doa minta Allah jauhkan benda2 seperti ini terjadi pada diri sendiri.

glitter-graphics.com

No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿