Mereka Di Sana

Wednesday, 25 January 2012

✿ Kenapa dia hisap jari? ✿

Ada sesetengah bayi amat gemar menghisap jari jemari sendiri dari lahir lagi. Dari pengalaman mamAuni sendiri, bayi sebenarnya memang dari dalam rahim ibu sudah menghisap jari. Ketika usia kandungan mencapai 8 bulan, mamAuni telah melakukan ujian imbasan yang pada ketika itu baby Auni sedang menghisap jari. Memang benar, setelah baby Auni lahir dia memang melakukannya walhal pada ketika dia masih memakai mitten lagi. Memang basahlah mitten tu dia hisap.

Orang tua-tua cakap bayi yang suka menghisap jari ini adalah dikategorikan bayi yang kurang meragam/menanggis. Mungkin ada benarnya, sebab pada pendapat mamAuni bayi tersebut menghisap jari kerana ianya merupakan salah satu tabiat untuk menyelesakan diri pada persekitarannya. Ianya bukanlah petanda yang bayi tersebut lapar atau dahaga, kerana ia masih lagi akan menghisap jari walaupun selepas disusukan. Seiring dengan usia yang meningkat, bayi akan berhenti menghisap jari dengan sendiri. So, sekiranya bayi anda menghisap jari mamAuni sarankan tak payahlah risau dan tak perlu berusaha untuk menghentikannya.


Bestnya Hisap Jari...:D


Sapa Mo Air Liur Saya??


glitter-graphics.com

No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿