Mereka Di Sana

Thursday 23 February 2012

✿ Ingatkan saya tarikh 15 Mac 2012✿

Banyaknya benda berlaku pada 15 Mac 2012 (Khamis) ni..mungkin semuanya kebetulan..Pada mulanya temujanji Auni untuk inject kat klinik mmg pada tarikh tu. Time tu umur dia dah lapan bulan dah. Pastu,,,tetiba plak mamAuni kena hadir meeting kat KL pada tarikh yang sama. MamAuni semalam ngan adik ipar dah g klinik dah, ingat nak ubah tarikh tu seminggu lebih awal. Masa tu xda parking, so mamAuni suh adik ipar jer turun n cakap kat nurse. Ntah nape nurse tu xnak tukar..tapi rasanya kalau sorang patient jer ubah jadual takkan lah leh ganggu perjalanan tugas dorang. MamAuni rasa macam tak puas hati ja, so mamAuni nak g klinik tu lagi minggu depan ni. Bukan apa mamAuni beria nak ubah tarikh ni, rasa kesian kat adik ipar nanti, tpaksa plak dia y jdik mak plak. Ayah auni confirm jadik tukang antar ja.

On the way balik umah tu, mamAuni hantarlah baju kat kedai jahit ni..semuanya ada 6 pasang...3 baju mamAuni, 3 lagi baju adik ipar. Baju tu bukan nak cepat sangat pun, baju nak pakai g keja & adik ipar pun duk umah jer..bilamasa lah dia nak pakai baju camtu. So, mamAuni tak tetap tarikh untuk ambik baju tu, tengok2 bila tukang jahit tu bagi resit dia letak tarikh 15 Mac 2012.

15 mac 2012

Tahun ni memang mamAuni merancang nak beli rumah. Dah ada anak ni rasa kena beli rumah jgk, apatah lagi harga rumah makin hari makin melambung bek beli awal. Kitorang memang dah ada rumah yang berkenan dah...dalam urusan jual beli rumah ni, tengok2 pemaju cakap sign agreement pada tarikh 15 Mac 2012. adooiii..tarikh tu lagi..

So, pada tarikh 15 Mac 2012 ni ada 4 benda kena settle ;

1. Meeting kat KL
2. Auni inject kat klinik
3. Ambik baju kat kedai jahit
4. Sign agreement rumah.

mamAuni akan pergi meeting je, so perkara 2-4 tu ayah Auni lah kena uruskan sendiri. mamAuni berdoa semoga semuanya baik2 n berjalan dengan lancar. amin...

p/s - nak tau x apa yang mamAuni turut harapkan 15 Mac 2012 ni?>>>>harap2 meeting tu di cancel.amin..


glitter-graphics.com

1 comment:

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿