MamAuni bukanlah nak cerita pasal pendatang asing tanpa izin yang ada kat M'sia ni, tapi sebenarnya benda ni berlaku dalam keluarga mamAuni sendiri. MamAuni rasa sangat bertuah sebab baby Auni dijaga oleh kaum kerabat sendiri..iaitu adik ipar yang tengah menganggur. Adik ipar memang teliti jaga baby Auni dan setakat ni memang mamAuni dah bagi kepercayaan 100% dengan dia kalau kena tinggalkan baby Auni lama2 pun. Alhamdulillah, atleast mamAuni tau macamana dia jaga n kalau rasa tak berkenan tu senang jgk nak tegur dia berbanding kalau hantar kat org lain. Adik ipar mamAuni import dari Sabah tau..
Apa yang kesian dengan dia, macam pendatang asing kat Sarawak ni. Seperti semua orang tau, kemasukan mana-mana orang luar (warganegara M'sia yang bukan org Swk) kena buat Dokumen perjalanan. Dokumen perjalanan ni perlu bagi tujuan kemasukan ke Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan. Buat dokumen perjalanan ni tak lah mahal - RM 5 je dan tempoh sah laku dia 5 tahun. Adik ipar mamAuni kena cop dokumen perjalanan warna biru yang ala2 passport ni setiap 3 bulan sekali.
Oleh kerana adik ipar mamAuni datang sini bukan bekerja atau belajar, pihak imigresen tu cakap selepas 3 bulan dia dibolehkan membuat rayuan untuk extend dokumen perjalanan tu dalam tempoh 3 bulan lagi. Maksudnya dokumen perjalanan tu boleh guna untuk tempoh masa 6 bulan. Lepas tu, adik ipar kena kuar dari Sarawak ni...hrmmm. Pening mamAuni bila memikirkan adik ipar kena kuar dari Sarawak setiap 6 bulan sekali.
Jalan penyelesaian paling mudah yang mamAuni nampak untuk adik ipar duduk kat Sarawak dalam tempoh yang lama adalah dengan mendapatkan pas pelajar untuk dia. Memang mamAuni sebelum ni janji dengan dia untuk sponser dia study pjj kat sini, tapi masalahnya result spm dia yang kurang memberangsangkan menyukarkan mamAuni untuk tolong dia apply mana2 institusi pengajian yang mensyaratkan sekurangnya2 3 kredit untuk sambung diploma. So, skarang ni mamAuni dah applykan dia untuk ambik peperiksaan luar bagi baiki result dia. Harap2 tahun depan dia dah boleh ambik diploma dan tak perlulah dia kuar dari Srwk dalam tempoh 6 bulan.
Skang mamAuni tengah survey harga tiket murah2 untuk pergi ke mana2 destinasi luar Sarawak untuk adik ipar ni..duk kat epot je pun jadik lah, y penting kuar dari Sarawak..hrmmm.
No comments:
Post a Comment
✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿