Mereka Di Sana

Saturday, 4 February 2012

✿ Mudahnya Memasak >> Part 2 ✿

Semalam dah buat entri sal masakan, harini pun nak buat entri y sama jgk. Nak tau kenapa?mamAuni sedang kekeringan idea nak post entri apa. Kalau bosan takyahlah baca entri mamAuni ni.Haa..ni menu semalam..SAYUR KELADI ASAM PEDAS. Sayur keladi ni sebenarnya dah 3 hari dalam peti es tak masak2 jgk, akhirnya semalam mamAuni masak jgk. Bagi masyarakat kat srwk ni espcly kuch, sayur keladi ni sinonim dimakan dengan ambuyat a.k.a linut. Kalau tak tau apa itu ambuyat a.k.a linut, akan datang mamAuni post sal benda tu kat entri Mudahnya Memasak ya.

Selalu mamAuni akan beli sayur keladi yang dah siap dipotong2 tu, kalau kat sini satu plastik sayur keladi tu RM 1 je. Dalam plastik tu penjual akan letakkan sayur keladi beserta isi ngan daun kunyit. Tak perlu nak memotong2 lagi ataupun mencari daun kunyit nak letak dalam sayur ni.

jual2 sayur keladi..RM 1 je..

Mudah kan..mudah kan..masakan mamAuni..:)

MamAuni akan rebus sayur keladi ni + asam keping terlebih dahulu sehingga ianya menjadi lembut. Kenapa sayur keladi ni perlu direbus terlebih dahulu? Ada sesetengah pendapat cakap boleh hilangkan rasa gatal keladi tu sendiri. Kalau tak reti nak lembut2 jugak, 2 ertinya sayur keladi tu mmg spesies yang gatal & tak boleh dimakan. Ni mak mamAuni yang bagi tau.  Pernah sekali benda ni terjadi, mamAuni rebus punyalah lama tak reti2 lembut jgk. Bila rasa sayur keladi tu memang betul2 gatal.

Senang je nak masak sayur ni cuma tumis sayur ni mcm biasa + belacan je. Jangan lupa taruh daun kunyit ngan asam keping.Teringat satu ketika dahulu, ada teman mamAuni masukkan sayur labu dalam sayur keladi ni. Dia cakap untuk pekatkan kuah sayur ni lagi. Ok jgk lah, sayur tu jadik pekat ckit, mamAuni tak pernah cuba sendiri, kalau nak variasikan masakan apa salahnya mencuba.

Percaya atau tak, sesetengah orang tak boleh masak sayur ni. Sayur ni akan jadik gatal walau macamanapun dia masak. Mula2 mamAuni macam tak percaya, dan ingat org tu mmg tak reti nak masak sayur keladi. Tapi mamAuni dah jumpa 3 orang yang mamAuni kenal macamtu, barulah percaya. Nilah namanya air tangan masing2 tu tak sama.

Haa..semalam mamAuni sempat jgk amik gamba sayur keladi ni..ju makan ramai2..eh..eh..cukup ker ni? :)

sempat gak amik gmba..



glitter-graphics.com

1 comment:

  1. mama auni....... mmg sedap ni, hehe fav kmi 1 family

    ReplyDelete

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿