Mereka Di Sana

Thursday, 8 March 2012

✿ Mudahnya Memasak >> Part 6 ✿

Dah agak lama rasanya mamAuni tak buat kek Semalam mamAuni pun usha2 resepi dari kakak mamAuni. Dan hasilnya harini mamAuni bawak kek buah yang dikukus g opis. Nama kek ni "KEK DENGGI". Kek ni sebenarnya febret ayah mamAuni, tapi mamAuni tak pernah buat pun sebelum ni..ni 1st time mamAuni buat kek ni.

Bahan2 kek ni seperti berikut ;
5 biji telur, 1 tin pendek susu pekat, 4 1/2 gelas tepung gandum, 1/2 gelas gula halus, 16oz mentega, 7 biji ceri merah, 7 biji ceri hijau, 1/2 gelas kurma, 1/2 gelas hirisan limau, 1/2 gelas kismis kuning, 1/2 gelas kismis hitam, 1/2 gelas almond.

Cara2nya :
hiris semua buah & gaul ngan 1/2 gelas tepung
mentega, tepung digaul dgn gula halus
pukul telur ngan susu sampai kembang
campurkan adunan mentega + telur tersebut
masukkan buah2 yang dihiris
gaul hingga sebati

Time buat kek ni, memang mamAuni kekurangan bahan2 sebab mamAuni tak jumpa bahan2 yang diperlukan. Kalau ikutkan resepi ni, mamAuni tak masukkan kurma ngan hirisan limau. Untuk hirisan limau tu mamAuni gantikan dengan buah yang rasa dia seakan2 rasa hirisan limau ni. MamAuni tak ingat apa nama buah tu, tapi mamAuni cam lah buah & rasa dia. Sebab apa mamAuni gantikan dengan buah lain bila tak jumpa hirisan limau ni sebab mamAuni rasa ianya perlu ada untuk memvariasikan rasa kek buah ni. Pastu mamAuni kurangkan susu pekat ngan gula halus untuk kurangkan kemanisan kek ni. MamAuni wat hentam2 jer kek ni, jadik jgk. Memang betullah kata kakak mamAuni, kek ni mudah jadi. Kek ni dikukus selama 4 jam.

Ok lah mamAuni jemput semua makan kek buah ni..

kek denggi febret ayah mamAuni


 Mudahkan..mudahkan..masakan mamAuni..:D




No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿