Baru2 ni ada berkunjung ke satu kem tentera, mamAuni tak nak mention kem tentera mana..dan nak dijadikan cerita adalah sorang anggota tentera ni yang pandai membuat tilikan dan pengubatan pasal benda2 mistik ni. Dia punya tahap ramalan tu sehingga benda yang belum terjadi dan telah berpuluh2 tahun terjadi pon dia tahu. Sehinggakan sultan Brunei ke-29, Sultan Hassanal Bolkiah pernah menjemput beliau untuk datang ke Brunei menggunakan helikopter peribadi kerana budak2 tentera ni susah sikit nak mohon passport atau visa ke luar negara. Dan dikhabarkan beliau telah berjaya mengubat ramai orang yang terkena gangguan2 mistik ni.
Dikesempatan itu, berpeluanglah staf2 kitorang nak tanya kat dia pasal mistik2 ni...mula2 dia tilik sorang staf ni (staf ni memang diketahui mempunyai masalah gangguan makluk halus)..ofkos mamAuni mula2 tu rasa nak tergelak bila tukang tilik ni cakap..."kat dalam perut engko ada 3 ekor pontianak"..eh..eh..kalau dia cakap jin mungkin mamAuni tak nak gelak sangat. Tapi oleh kerana kat dalam sana semuanya bermuka serius, so mamAuni pendamkan saja niat nak ketawa tu.
Ok nak dijadikan cerita, tilikan ini terus berlangsung kepada orang lain termasuklah beberapa soalan yang mamAuni ajukan kepada dia..yang mengejutkan semuanya betul. Dan ada beberapa saranan yang beliau sarankan untuk mamAuni lakukan sendiri. Tapi serius sampai sekarang mamAuni tak buat lagi sebab takut menjadi syirik pulak. Cara pengubatan yang dia gunakan ni langsung xda ciri2 keIslaman dan seolah2 dia mempunyai pendamping sehingga boleh menilik sebetul itu.
Surat An-Nisaa -Ayat 116 yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya."
akakakah..kelakonyee..ade 3 pont. kat dlm perot dye..ikikih..
ReplyDeletesinggah sini^^
hahaha..staf ni lelaki, sebab tu kut ponti. suke dia..
Delete