Mereka Di Sana

Tuesday, 22 January 2013

✿ Merah2 Si Buah Delima ✿

Ok ni buah delima teristimewa untuk baby lam perut nih...

Ni baru trimester pertama..sangat excited sembang pasal pregnancy...entah2 lepas ni lagi banyak crita pasal pregnancy ni...setiap entry ceta mengandung, mengandung, mengandung...Harap jangan bohsan!!!

Nak tau khasiat buah delima ni? ianya dipercayai mempunyai kandungan asid folik sangat tinggi yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan DNA. Ibu-ibu yang berisiko melahirkan bayi pramatang juga digalakkan mengambil buah delima bagi mendapatkan bayi yang sihat lagi mungil.

MamAuni jarang2 dapat makan buah ni, so bila dah jumpa terus beli...
Sebenarnya pengalaman mamAuni pertama kali makan buah ni rasa masam, mungkin tem tu kebetulan buah delima tu masam (kawan bagi), so pastu mamAuni tak cari dah buah ni...

tapi lepas tu dapat buah delima lagi (kawan bagi jugak) kebetulan rasa dia manis pulak..so mamAuni jadik tersuka plak nak makan buah delima ni...

So asik kawan bagi je, kalini mamAuni beli sendiri...3 bijik buah delima yang comel...

Rasa jenuh gak makan buah delima ni, sebab kena ambik satu2...pasni nak cari jus delima plak..:D


satu daripada buah delima ni dah ada lam pewot..

No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿