Mereka Di Sana

Wednesday 27 March 2013

✿Auni's First Step ✿

Auni sekarang dah setahun 7 bulan, dan sangat cekap berjalan, dulu rasa tak sabar nak tengok dia berjalan,,,sekarang dia berjalan tanpa henti dan dah jadi tukang ukur kawasan kat dalam rumah sendiri kerana setiap inci rumah akan diperiksa setiap hari.

"Let Her Be Herself"

Itu kata-kata yang diucapkan oleh doktor bila mamAuni mula mengadu kerisauan mengenai Auni yang belum pandai berjalan di usia setahun dua bulan...apa tidaknya rakan-rakan sebayanya yang lain sudah berlari di usia itu...dan ada yang start jalan di usia 7 bulan...haruslah mamAuni risau...takut-takut perkembangannya tidak normal...

Namun, kata-kata doktor tu melegakan sedikit perasaan mamAuni...menurut doktor tu setiap anak ni perkembangan dia takkan sama dan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing..so selagi dia belum mencecah umur setahun 8 bulan, ianya masih dianggap perkembangan normal. Dan menurut doktor tu lagi kita sebagai ibu-bapa haruslah menjadi pendorong untuk anak berjalan dan tidak bertindak memaksa, biarkan dia menjadi diri dia sendiri. MamAuni dah cuba macam-macam petua dah bagi dia cepat berjalan, antaranya letak kaki dia kat embun rumput pagi, sapu dan urut kaki kai minyak labi-labi, suruh dia bertatih sorong kerusi dan macam-macam petua lagi dicuba,,tapi nampaknya Auni lebih selesa merangkak berbanding berjalan.

Okey, mamAuni yang dungu ni macam baru tersedar..dan lepas jumpa doktor tu baru wat research kat tenet. In fact, perkembangan bayi yang baik adalah yang melalui semua fasa dan Auni melalui semua itu...meniarap, menyusur, duduk, merangkak dan berjalan. Dan fasa yang paling penting adalah merangkak, kerana menurut kajian proses merangkak sangat membantu bayi dalam perkembangan otak dan dipercayai bayi yang lebih lama merangkak adalah lebih bijak. Ofkos, Auni sangat lama merangkak,, dari usia 8 bulan hinggalah usia setahun 4 bulan (dah boleh bertatih tapi lebih suka merangkak), dan boleh berjalan betul sekarang setahun 7 bulan,,,imagine,,,dia merangkak selama 8-10 bulan...satu tempoh yang agak lama rasanya. Barulah mamAuni sedar di sebalik kelambatan Auni berjalan ada hikmahnya..

Tulah pengalaman berjalan Auni, dan bagi ibu-ibu di luar sana yang mengalami kerisauan seperti mamAuni mengenai anak yang lambat berjalan,,,tolong jangan risau, dan serius kalau dia dah boleh berjalan,,,,dia akan berjalan tanpa henti. Berilah dia peluang untuk merangkak lebih lama, kerana sepanjang hidupnya proses merangkak hanya mengambil tempoh yang sedikit, dan sepanjang hidupnya dia akan puas berjalan.....:)

No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿