Mereka Di Sana

Friday 7 June 2013

✿ Energizing Soy Protein (ESP) ✿

 

ESP Shaklee yang menjadi hot seller kegemaran ramai itu!!!cuma mamAuni yang tak pernah ambik tahu dan juga tak pernah mencuba untuk meminumnya..

Tapi gara2 pregnant, mamAuni pun nak try gak demi baby dalam tummy y boyot ni...Okey ni soalan2 yang bermain2 di benak mamAuni sebelum mentry benda ni dan kemudian telah membuat research sendiri benda alahni...

Bila ibu hamil boleh amalkannya??
Ibu hamil boleh mengamalkannya seawal trimester pertama dan boleh meneruskannya apabila menyusukan bayi kelak.

Apa kebaikan dan khasiat yang diperolehi oleh ibu hamil??
  • menghasilkan protein yang merupakan binaan asas sel badan.
  • menjana penghasilan susu badan yang lebih pekat dari mengandung lagi.
  • memberi kesan kepada kecantikan rambut dan kulit yang halus kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
  • sangat membantu perkembangan fetus dan kesihatan ibu di tahap optimum. 

Macamana cara mengambilnya??
  • tidak boleh diambil dengan air panas, air berkarbonat atau berkafein kerana ianya akan menghilangkan nutrisinya.
  • diambil dengan air suam ataupun air biasa (sejuk).
  • boleh dibancuh dengan minuman lain seperti milo ataupun susu.
  • tidak boleh mengambilnya lebih dari 3 sudu sehari kerana dikuatiri membebankan ginjal.
  • disarankan membancuhnya menggunakan shaker ataupun tumbler supaya lebih mudah larut.

Dealer Shaklee tempat mamAuni beli sarankan : 250 ml + satu sudu besar shaklee

Cara mamAuni : 250 ml air suam2 kuku + satu sudu besar shaklee + susu ibu mengandung  (1 kali sehari)


Harga??
Bagi area Kuching mamAuni dah buat sevey dan telah berjaya mengoder benda ni daripada seorang dealer yang menjual ESP ni dengan harga RM 125.00 (750g), dia hantar by hand tanpa caj penghantaran..ok murah dan berbaloi2, dengan harga pasaran Sabah/Sarawak RM 155.00.

Esok bersamaan 8 Jun 2013 mamAuni start minum benda ni 
(save the date, untuk tahu 750g ni bertahan sampai bila)

Pesanan Penaja : Sekiranya ESP ni sesuai dengan badan sendiri,  mamAuni akan keluarkan testimoni jujur mengenainya. InsyAllah..

No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿