Mereka Di Sana

Wednesday 12 June 2013

✿ Fellina Beauty Inchloss Lotion ✿


Ok ni antara menda nya yang mamAuni plan nak beli untuk berpantang...

Dan ekceli, dah beli pon..wow punya awal kan mamAuni membelinya....sebenarnya taklah plan nak beli seawalni, cuma mmg selalu skodeng2 harga menda ni kat tenet. Punca mamAuni beli awal sebab ada sorang membe mamAuni buat promosi kaw2 penghabisan stok y mana dia jual RM 40.00 jer termasuk caj penghantaran ke mana-mana lokasi di Malaysia...murah tak murah, harga pasaran kat Kuching antara RM 75-RM 85...kalau search kat tenet pun biasanya paling murah dorang kasi RM 130 (kalau borong 2 botol) ataupun RM 160 (kalau borong 3 botol),  Mula2 tu mamAuni ragu2 gak nak beli, kut2 dia jual murah sebab tarikh luput dah habis ker ape..tapi bila tanya dia cakap jangan risau, jangan ragu expired date lama lagi tahun 2015, so memang sangatlah sempat nak guna untuk mamAuni berpantang tahun ni lah ye..

Kenapa mamAuni nak pakai Fellina Beauty Inchloss Lotion ni??

  • Ofkos lah sebab nak kuruskan dan kempiskan balik badan selepas bersalin tu tujuan utama ok...testimoni pengguna kat tenet pasal penggunaan lotion ni sangat berkesan.
  • Kandungan dia tidak diragui - tanpa bahan kimia serta dijamin Halal.
  • Apa yang menarik pengeluar sudah menghantar lotion ni untuk dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran di Maahad Tahfiz Bukit Mertajam, Penang (Tolong jangan langkah).
  • MamAuni mmg suka y jenis lotion banding minyak panas, sebab dia tak melekit dan lebih mudah menyerap ke kulit.
  • Sebelum ni pantang Auni, mamAuni guna lotion mustajab, kalau banding ngan lotion mustajab lotion ni tidak busuk bau minyak panas, malahan berbau wangi.
  • Memakainya tidak terlalu panas, hanya suam2 panas dan berangin jer.
  • Sangat sesuai dipakai oleh ibu berpantang bersama bengkung/korset.
  • Berkesan untuk membuang angin dalam badan.
  • Testimoni dari kawan seopis yang cakap lotion ni membantu penghadaman dia, kurang masalah sembelit lah maksudnya (mamAuni mmg ada masalah sembelit tem berpantang Auni dulu).
  • Sebenarnya ibu mengandung pun leh guna, cuma xleh guna kat bahagian perut..(mamAuni tak lah rasa nak guna lagi k, sebab mamAuni beli mmg untuk kegunaan tem berpantang kelak).

Cara Penggunaan??

Boleh disapu di mana2 tempat bermasalah, macam dagu, peha, perut..sekurang2nya dua kali sehari.

>>>Simpan Dulu Lotion Untuk Kegunaan Berpantang Kelak>>>
Murah Nye Pasal mamAuni Beli Punyalah Awal!!!

No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿