Mereka Di Sana

Monday 12 August 2013

✿ Petanda ✿

raya Auni 2013
mamAuni terasa rindu sesangat nak tempek gambar Auni kat blog sendiri,,,blog yang diumpamakan macam diari sendiri. Boleh lak mamAuni rasa camtu, sedangkan seumur hidup mamAuni memang tak pernah ada diari satu pun...:D

Gatal Telapak Tangan

Auni yang semakin membesar, makin besar makin banyak kerenah baru nya...
Kerenah baru tem raya ni - suka selongkar kasut, ofkos kuih raya, alas meja..sebab tulah sebaik sahaja tetamu balik semua terpaksa kemas balik, termasuk bunga raya jugak!!. Auni memang tak bagi can kat mamAuni nak hias rumah kan...

Dua tiga hari Syawal ni ada lagi satu perangai pelik dia, tetiba plak pandai Gatal Telapak Tangan, setiap hari lak tu..
mamAuni ingat memula dia kena gigit nyamuk ke apa, tengok takde pun bekas gigitan...sapu minyak..
tapi kalau dah tiap-tiap hari gatal telapak tangan...heran gak!!! Dahlah gatal telapak tangan tak reti nak garu sendiri, alamatnya mamAuni jadik tukang garu tak berbayar...

Kata orang tua-tua..kalau gatal telapak tangan nak dapat duit...duit raya lah kut Auni nak dapat tem bulan Syawal ni, tapi setakat ni taklah banyak sangat duit raya dia dapat. Untung lah Auni dapat duit raya, mamAuni bila lah nak merasa gatal telapak tangan neh...:D


Mata Kanan Asyik Bergerak

Dari semalam mata kanan mamAuni asyik bergerak, tak tau nape,,, tapi yang pastinya kalau mata mamAuni bergerak tu petanda baik...bukan nak percaya tapi memang macamtulah yang selalu terjadi.

Dah pagi ni cek result assignment...
Alhamdulillah ketiga-tiga assignment mamAuni dapat markah 85% ke atas dan satu subjek dapat 97%...syukur sangat-sangat atleast boleh tolong mamAuni tem exam nanti.


No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿