Mereka Di Sana

Thursday 6 February 2014

✿Introduce Ajmal Ihsan Bin Samsil ✿

like father like son :)
Entri pertama di tahun 2014,,,, Lama tul rasa x update blog tau!!!bizi ngan baby baru kut.

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah dikurniakan anak lelaki untuk yang kedua ini...adik kepada Kakak Auni, anak lelaki kepada ayah dan mama...bertambah lagi ahli keluarga kami. Ajmal Ihsan nama diberi oleh ayahnya...kata ayah dia nak bagi nama ala-ala nama bajau gitu...kakak, ayah dan mama panggil dia Ajmal, yang membawa maksud cantik, molek.

 Tapi still rasa nak membahasakan diri dalam blog ni sebagai mamAuni walaupun sekarang ni dah jadik mamAjmal jugak, sebab dah terbiasa dari bukak blog ni dengan gelaran nama tu. Sebenarnya tak dijangka untuk dapat baby boy ni, dan tem mula2 tahu pregnant memang tak nak mengharap sangat untuk dapat anak lelaki. As long anak dilahirkan cukup sifat dan sihat itu sudah memadai. 

Tapi alhamdulilah dan Terima Kasih Allah kerana beri peluang untuk mamAuni merasa mengandungkan dan melahirkan anak lelaki pula,,,pelengkap keluarga kecil kami. Dari awal lagi scan2 memang tak nampak gender pun, ok mamAuni guess mungkin dia girl kut, sebab orang selalu cakap kalau tak nampak gender itu girl. 

Tem raya (2013) tak balik manapun, beraya kat Kuching je memandangkan kandungan sudah mencecah ke 8 bulan. Malam sebelum 1 Syawal tu mamAuni perasan baby kurang gerak, mungkin sebab penat sangat wat persediaan raya sorang2. Mula2 mamAuni diam je, bila baby x bergerak langsung walau mamAuni dah try gerakkan dia dengan gosok2 perut, bawak cakap, mengiring kanan dan kiri tapi dia masih x bergerak jugak. Takut jadik apa2 kat baby then terus cakap kat ayah Auni pasal benda tu. Malam tu jugak dia bawak mamAuni g KPJ untuk check kandungan. Lewat malam kul 12 camtulah, Auni yang tido pun digerak sama coz xda sapa nak jaga dia kat umah time tu. Bila sampai kat KPJ, mmg bby tak gerak pun, Dokto x scan pun cuma cek heart beat bby ,,,dalam 1 jam jugaklah cek heart beat baby tu. Doktor tu cakap bby ok, n suh mamAuni banyakkan rehat. Ok legalah rasa sikit hatini kan.. 

Pagi 1 Syawal tu baby bergerak gak walaupun tak aktif sangat,,,baby mamAuni malas nak g raya kut. Pagi tu duk kat rumah je, adalah dua tiga orang datang...yang lain sume balik kg. Pastu g beraya gak rumah kawan ayah Auni. Pas g beraya tu, ayah Auni cadang kan nak wat scan kat KPJ plak...mamAuni pun xtau apa angin dia nak buat scan, sedangkan sblm ni dia x berapa suka scan2 baby ni. Dia cakap kalau scan nak tengok gender xyahlah...sebab dia tak kisahpun bby apa. Mungkin semalam bby tak gerak, so pagi ni dia nak check lagi sekali keadaan bb.. 

Dengan sedondon berbaju raya lagi kitorang g beraya lak kat KPJ...doktor tu scan dia cakap semua ok...n baby pun dah pusing bawah,,,bila2 masa je mamAuni leh bersalin katanya. Doktor tu jugak konfiden cakap baby tu boy...sebab dia nampak anu baby dengan jelas n siap tunjuk kat kitorang lagi mana satu...hehehe. MamAuni macam tak percaya je doktor tu cakap boy sebab scan sebelum2 ni cakap tak nampak gender. 

OTW balik rumah tu, mamAuni perasan ayah Auni macam excited semacam bila doktor tu cakap boy..tak henti2 cerita pasal tu,,,:) Dan Alhamdullilah apa yang doktor tu cakap totally betul...tanggal 6 September 2013, mamAuni selamat bersalin bayi lelaki seberat 3.3 kg...Selamat Datang sayang mama Ajmal Ihsan bin Samsil, semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyenangkan hati kedua kami ayah dan mama.

p/s: next time mamAuni cerita pengalaman bersalin anak kedua plak, tupun kalau rajin update. 


No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿