Mereka Di Sana

Monday 24 February 2014

✿ Dia Harta Kami Paling Berharga ✿

Khamis, 5 September 2013
************************

5.40 pm

Balik keja,  sampai umah around kul 5 pm camtu gaklah. Macam biasalah sampai2 umah terus masak, pas masak naik tingkat atas nak mandi lah konon. Auni dan SIL ada kat bawah ngok tv. Capai tuala, duk kat katil cek2 hp, baca2 msj. Bila nak g bilik air tu, perasan macam ada basah kat tilam. Serius mamAuni tak rasa gelabah pun, sebab pewot tak sakit lagi. Pastu cek kat belakang, mmg baju mamAuni dah basah dah. MamAuni g bilik air, buang air kecil,,,lendir kuar lagi. Tu air ketuban ker, x pasti,,,anak 1st dulu xde macamni, terus2 sakit perut je.

Ambik keputusan tepon akak yang keja nurse ni...dia advise mamAuni kalau rasa air tu makin banyak better bawak g hospital. Sebenarnya air yang keluar tu xlah banyak sangat,,,,tapi sentiasa mengalir n rasa tak selesa. Pas tepon akak, tepon ayah Auni plak, dia ngah ada kat padang, men bola. Ofkos dia risau, dia kalau bab2 sakit neh memang cepat risau pun.

Lagi satu ni experience pertama dia handle mamAuni nak bersalin, sebab tulah dia gelabah ckit kut. Tem mamAuni 7 bulan dah dia g survey kat Hospital Umum Kuching tu, tingkat berapa, bahagian mana nak g kalau nak bersalin. Pas mamAuni kol tu dia terus balik umah, sampai2 umah terus dia suh mamAuni bersiap g hospital terus.

Memula mamAuni cakap nak mandi dulu boleh x, x sempat mandi lg ayah Auni dah balik dah. Sah-sahlah rumah mamAuni ngan padang bukan jauh manapun, kalo jerit pun dengar kut.

Tapi ayahAuni tak bagi can mamAuni nak mandi apa pun, dia siap cakap nanti terberanak dia plak jadik bidan terjun. Kalau lah mamAuni semudah tu nak beranak, keluar air je, xde sakit ape pastu beranak,,,nak beranak 20 orang pun boleh.

MamAuni tukar baju, pakai pad,,,sebab rasa x selesa cairan sentiasa mengalir, ambik hp, beg yang dah packing barang2 bersalin awal2. Siap!

6.00 pm

Sampai kat hospital tu,,,susah gak nak carik parking, tapi last2 lepas pusing dua tiga kali baru jumpa parking yang strategik lah jugak.

Terus g register kat wad bersalin, mamAuni tak ingat tingkat berapa ntah,,,mamAuni ikut bontot ayah Auni je,,,kan dia y gigih survey awal2 nak bawak mamAuni g mana kalo bersalin nanti. Register, bagi kad merah dan ic.

Nurse bawak mamAuni cek kandungan,,,baring kat katil ngan wayar berselirat,,,cheak heart beat baby. Lama lah jugak hampir sejam kut,,,sampai mamAuni msj ayahAuni nak balik, mcm buang masa je ni. mamAuni rasa belum masanya lagi, cairan biasa je kut yang kuar ni, due besalin klinik bagi pun ada dua hari lagi 8.9.2013. Lagipun tak rasa sakit apapun sebenarnya.

Dah lama-lama tu baru ada sorang doktor cina ngan doktor pelatih perempuan. Sangat x suka dengan situasi seluk menyeluk dan soal siasat terperinci macam ni. Dia polis ker doktor tanya macam2? Doktor tu cakap bukaan dah 4 cm,,, betul ker tak doktor ni,,,rasa mcm x caye je. Seingat mamAuni dulu tem nak bersalin Auni, bukaan baru 3 cm dah sakit kemain. Apasal rasa x sakit apa ni? Pastu dia suh tunggu jap,,,nanti dia datang balik katanya.

 8.00 pm

Lama gak lah tunggu kat luar tuh,,,ayahAuni sempat sembahyang semua. Bekulat tau tunggu, pastu datang sorang dokto lagi,,,dokto tu wat scan, mamAuni sempat tanya gak, baby besar ke tak,,,dia cakap berat baby 3.2kg jer normal lah tu, x besa manapun. Ok edisi seluk menyeluk lagi, sangat tak suka tau,,,doktor tu cakap bukaan dah 6 cm dan boleh bersalin malam ni. Dia suh mamAuni baring jap kat satu katil. Nanti kalau dah sakit cakap. Serius mamAuni tak rasa sakit apepun,,,bukan nak melawak bodo kat situ pun. Doktor tu pun heran muka mamAuni macam relax je,,,,habis tu takkan lah tak sakit mamAuni buat2 sakit plak.

10.00 pm

MamAuni still rasa tak sakit apepun,,,jadik mamAuni duk diam2 kat katil jelah sambil belek2 hp. Sempat mesej ayah Auni gak, pesan kat dia kalau bersalin, nak dia ada sekali. Masa bby first dulu dia xde rezeki nak tengok kelahiran bb, so kalini biarlah dia ada sekali temankan. Suh dia tunggu kat luar tu walau sampai esok,,,hik hik. Sempat gak mintak maaf dari hujung kaki ke hujung rambut ayahAuni, mamAuni bukanlah isteri yang sempurna manapun, selalu buat silap. ***rasa sedikit sendu di hati *** ayahAuni plak cakap, dah2 xyah mintak maaf segala, mamAuni x buat salah apa pun, y penting bby n mamAuni selamat je. (T_T)

Kemudian doktor datang, cucuk jarum kat tangan untuk masuk air/ubat kalau apa2 jadik. Then rasa mengantuk, hampir tertidur.

12.00 pm

Tersedar dari tidur. Sakit mula terasa, sakit kat ari2,,,pusing kanan, pusing kiri,,,masih sakit. Tahan lagi selagi tertahan. Bila dah tak tertahan rasa sakit tu, mula panggil nurse. Doktor cek bukaan lagi, dia cakap dah 8 cm dah. Kemudian dorang suh mamAuni pergi bilik bersalin, bilik bersalin tu agak selesa lah jugak siap ada tv lagi. Tukar baju,  baring. Nurse pasang alat mengesan kontraksi  dan doktor masukkan antibiotik coz sebelum ni mamAuni ada GBS. mamAuni sempat mesej ayahAuni cakap sakit kontraksi dah terasa dah. AyahAuni sempat mintak kebenaran nurse nak masuk, bagi air yang dia baca ayat Al-Quran pas solat tadi. MamAuni teguk air tu seteguk dua. Tekak rasa pahit.

Sakit nya bukan kemain lagi, rasa kontraksi selang 15 minit camtu,,,,teran gak walau nurse larang teran. MamAuni memang jenis tak tahan sakit sebenarnya, mamAuni rasa sakit kontraksi tu ubatnya teran jelah. Nurse panggil ayahAuni. AyahAuni dah ada di sisi. Dia cakap x lama lagi dah boleh bersalin. mamAuni cakap kat ayahAuni sakit, rasa macam nak berak pun ada, suh dia mintak kebenaran nurse tu mamAuni nak g toilet dulu. Tapi nurse x kasi dia cakap, tu sebenarnya rasa nak bersalin, tahan je.

Jumaat, 6 Semptember 2013
************************

Nurse pecahkan air ketuban. MamAuni teran dalam 4 kali teran, bb kuar. AyahAuni hampir pitam nampak banyak darah, n sedikit air mata mengalir. Nurse bagi ayahAuni air, n suh dia keluar dari sana, takut dia yang pengsan plak kat situ.

Alhamdulilah selamat melahirkan zuriat kami yang kedua, jam 1.20 am, 3.3 kg, bayi lelaki. MamAuni peluk dia, comel! Hati berbunga2, hilang segala kesakitan. Pas jahitan siap, mamAuni dibawak masuk lam bilik wad di tingkat atas. Baru jumpa ayahAuni, ayahAuni azankan baby. AyahAuni pun nampak hepi, dia cakap terima kasih kat mamAuni. mamAuni tanya dia serik tak tengok mamAuni bersalin, dia cakap x serik, nanti anak-anak seterusnya dia nak masuk temankan mamAuni lagi.

AyahAuni nampak keletihan, yelah tercongok lama depan wad bersalin dari kul 6 pm lagi. Lepas buatkan milo dia balik,,,nanti dia datang lagi katanya. mamAuni sempat menyusukan si comel, dan bila menatap wajah si comel, **** sekali lagi rasa sendu di hati **** oh inilah dia anak yang kukandungkan selama 9 bulan 8 hari!

"Ya Allah, terima kasih beri peluang kepada mamAuni untuk merasa kesakitan melahirkannya. Dia adalah pinjaman harta yang Engkau pinjamankan kepada kami suami isteri paling berharga. Jadikan dia anak yang soleh, yang sentiasa menyenangkan hati kami kedua ibu bapanya, anak yang berjaya di dunia dan akhirat, mudahkanlah urusannya dan mudahkan kami menguruskannya dan kurniakanlah dia kesihatan yang berpanjangan. Aamin "





No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿