Mereka Di Sana

Tuesday 27 January 2015

✿ D11 >> Steamboat ✿

Ni cereta farewell dak ofis mamAuni tadi malam. Kitorang buat kat Restoran steamboat D11. Jujurnya mamAuni tak pernah makan sini. Oleh kerana restoran ni steamboat ofkoslah malam kan,,mamAuni angkut sekali adik ipar mamAuni buat jadik teman. Restoran ni takdelah susah sangat nak cari...otw nak g pending dari Simpang Tiga, selepas petronas. Ikut kawan mamAuni restoran ni cawangan D11 yang baru..yang lama punya beroperasi di belakang Hotel Telang Usan. Ikut kawan mamAuni jugak restoran ni beroperasi seawal pukul 5 petang, means balik kerja boleh terus datang sini dan lepak (kalaulah mamAuni bujang!)

Harga ditawarkan restoran ni RM 18.00 sekepala (tidak termasuk air) dan RM 1 untuk satu kiub perencah (sup/tomyam). Antara bahan makanan steamboat yang ada kat restoran ni ialah...
.
.
.
 ikan, ketam, siput sedut, udang, sotong dll.
.
.
.
daging ayam (kari/merah), daging kambing, daging lembu, hati ayam, telur ayam
.
.
.
sayur kobis masin, brokoli, teratai, cendawan hitam dll.
.
.
.
pelbagai jenis mee & bihun.
.
.
.
pelbagai jenis sosej.
.
.
.
 nasi putih, bihun goreng, kuew tiew goreng, ais krim, sosej, ayam goreng ( makanan siap).

Dan sepertimana restoran steamboat lain...setiap lebihan makanan dikenakan caj. D11 ni kenakan caj untuk lebihan 500 gram makanan yang diambil. MamAuni tak pasti benda ni dipraktikkan atau tidak, sebab makan kat mana2 restoran steamboat setakat ni tak pernah kena lagi. Kalau nak tau lain kali boleh cuba tinggalkan makanan kut..haha

No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿