Mereka Di Sana

Wednesday 21 January 2015

✿ Stemcell Coffee Qu Puteh >> Day 1 ✿



21 Januari 2015 (Rabu)

MamAuni bukanlah penggemar kopi...oleh kerana teringin sangat nak kulit halus n putih gebu,,,tambah pening nak pilih produk apa nak beli mamAuni last2 terbeli Stemcell Coffee Qu Puteh. Satu Kotak RM 42.00  / 15 sackets (Kuching). Plan sebenarnya nak cuba vco tapi sebab kedai yang mamAuni singgah ni takde jual vco mamAuni pun terbelilah benda ni...mamAuni pun tak tahu kenapa mamAuni beli, tapi rasanya tak salahkan mencuba. Produk ni pun xlah mahal sangat lagipun ianya cuma minuman sahaja. Insyaa Allah lepasni mamAuni cuba vco plak...tak nak membazir punye pasal biarlah mamAuni habiskan dulu kopi ni. Lagipun vco tak sesuai diminum dengan minuman berkafein,,,dan kalau nak makan vco macam leceh lah pulak sebab kena betul2 make sure gape masa minum kopi ni dan vco ni sekurang2nya 6 jam untuk memastikan nutrien vco tu betul2 diserap oleh badan.

Kaedah pengambilan kopi ni senang je...macam minum 3in1 biasa...kena ambil sebelum makan. So, untuk senang citer mamAuni ambik sebelum breakfast, kalau mamAuni ambik malam takut tak tidur plak. Hari ni hari pertama mamAuni ambik kopi ni. Ofkoslah takde kesan apa2 lagi...macam lam gamba kat atas tu. Gambar mamAuni tu memang 100% tanpa editan apa2 software..diambil dari automatik kamera hp mamAuni. So, kalau korang rasa gambar tu cam cantik...memang mamAuni orangnya cantik pun...(eh..eh...sila angkat bakul sendiri ye..hihi). 

Secara jujurnya, muka mamAuni dalam gambar tu bukanlah pure tanpa secalit bedak. Gambar ni dicapture dalam opis time kerja...oleh kerana mamAuni bukan jenis kaki mekap, mamAuni cuma letak sikit2 benda kat muka ni...toner loreal + krim siang loreal + powder foundation silky girl + lipstik. Sejak guna loreal ni alhamdulillah jerawat yang keluar pun tak lah besar sangat...cuma kulit mamAuni masih belum boleh dikategorikan sebagai kulit halus mulus dan juga belum mencapai piawaian yang mamAuni inginkan. Macam lam gambar tu banyak parut jerawat dan jerawat2 kecil. 

Insyaa Allah...hari terakhir ( 15 sackets : Day 15) mamAuni minum kopini mamAuni post entry testimoni lagi ya...k bubai!!

No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿