mamAuni telah membaca dan mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai dunia breastfeeding daripada en dan pn google..
Short From dunia breasfeeding
BF - Breast feeding
EBM - Expressed Breast Milk
DF- Direct Feeding
Fresh EBM - Susu yang baru diperah.
Chilled EBM - Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). Ianya akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi.
Frozen EBM - Susu yang disimpan di tempat simpan beku.
ASI - Air Susu Ibu
Kebaikan Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu.
Biasa kita dengar Doktor2 akan menyarankan kita untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sehingga umur 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun. Dalam Islam sendiri ada menyebut supaya bayi diberi susu ibu samada melalui ibunya sendiri @pun ibu susuan sehingga bayi berumur 2 tahun.
Antara Kelebihan Bayi Menyusu Susu Ibu.
1. Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi
perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan
pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi,
pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan
otot-otot muka dan rahang serta mencegah kanser pada bayi.
2. Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.
3. Membantu menjarakkan kehamilan seterusnya.
4. Membantu pengecutan rahim selepas bersalin.
5. Membantu ibu mengekalkan bentuk badan seperti sebelum bersalin.
6. Membantu keluarga dari segi penjimatan kewangan.
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak mengikut Islam.
1. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada
tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah
Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur
kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala
seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
>>Ya Allah, permudahkan mamAuni menyusukan anak kedua ini, sesungguhnya mamAuni ingin jadi ibu yang baik walaupun tidak sesempurna mana <<
Nice info. TQ
ReplyDeleteInsha Allah saya pun nak menyusukan anak saya sehingga dua tahun.. Amin..
ReplyDelete