Belum terlambat lagi untuk mamAuni ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1436 H..
Tahun baru, bermakna usia mamAuni pun bertambah tua jugak..
Terfikir nak berubah, berubah ke arah yang lebih baik dari segi penutupan aurat mamAuni..penampilan sebagai seorang muslimah yang serba kekurangan.
Keinginan tetap ada...pakai pakaian longgar, pakai handsock, pakai stokin...
Hakikatnya mamAuni bertudung tapi belum lagi menepati syariat Islam ; aurat wanita itu kecuali muka dan tapak tangannya.
Masih banyak juga pakaian mamAuni yang mengikut bentuk badan...tapi serius sejak kebelakangan ni rasa macam dah insaf jugaklah bila pergi bekerja...pakai baju kurung biasa je...zaman2 keglameran berfesyen berkebaya, kurung moden tu rasa dan tak sesuai lagi dengan jiwa mamAuni. Sapa kata berbaju kurung tak boleh bergaya kan??
MamAuni belum ada kekuatan lagi untuk berubah sepenuhnya kerana diri yang serba kekurangan ini ; solat ku yang masih tunggang langgang, hati ku yang masih rasa belum bersih sepenuhnya, rambut yang masih dilihat oleh yang bukan mahram even di rumah (adik beradik ipar, jiran sebelah rumah etc) dan masih banyak lagi kekurangan lain mamAuni rasa dari segi tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan juga anak...:(
Support daripada suami dan kawan2 tetap ada...
Suami pun pernah berkata...memang sepatutnya macamtulah yang dia mahu mamAuni tutup aurat...tapi dia xnak terlalu mendesak...biar keinginan untuk berubah tu datang dari diri sendiri...
Seorang kawan pulak pernah berkata...xpe manatau bila mamAuni berubah untuk menutup aurat...mamAuni juga akan memperbaiki kekurangan lain untuk menjadi seorang muslimah lebih baik. Bila kita mula menutup aurat, InsyaAllah orang akan boleh terima dan bila tiba satu saat, orang boleh terikut-ikut untuk menutup aurat juga. Itulah indahnya bila kita berhijrah ke arah lebih baik.
Semoga Allah beri mamAuni kekuatan untuk berhijrah dan merasai kemanisan menutup aurat itu...sedang survey2 tengok handsock dan stokin..cantiknya mereka menutup aurat kan...tipulah kalau mamAuni tak rasa jeles sedikitpun...:)
No comments:
Post a Comment
✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿