Rasanya kebanyakan orang memang suka makan cheese x kiralah dalam bentuk macamana pun yang korang gemar nikmati. Samada makan begitu saja, memasukkannya ke dalam sup mahupun mengemari makanan2 kat restoran segera seperti cheezy wedges @ KFC ataupun kek cheese @ Secret Recipe.
Cheese ni sebenarnya mengandungi kalsium dan bagi bayi2 yang kurang menyusu@makan pada usia 6mnth++, bolehlah cuba tambah cheese dalam bubur bayi masing-masing. Mana tau bayi lagi berselara dan dapat mengantikan jumlah kalsium yang tidak diambil sebelum ini. MamAuni ada juga cuba masukkan cheese dalam bubur baby Auni, nak jer dia makan. Seperti yang semua orang tau, kalsium ni penting dalam proses tumbesaran bayi termasuklah pertumbuhan gigi dan tulang.
MamAuni ada terbaca pendapat yang mengatakan mencampurkan cheese di dalam makanan bayi ni akan buat bayi sukar untuk buang air besar. Puncanya pulak tidak dinyatakan, samada kandungan cheese itu sendiri ataupun mungkin disebabkan cheese tersebut menjadikan bubur bayi menjadi lebih tepu dan sukar dihadam. Sebagai langkah memvariasikan makanan si kecil, mamAuni tak lah masukkan cheese setiap hari di dalam bubur baby Auni. Setakat ni alhamdulilah, dia tak mengalami masalah buang air besar seperti yang diperkatakan. Dan mamAuni pun ada rasa gak bubur dia..DELICIOUS..kalau mamAuni jadi bayi, mamAuni nak je makan..hihihi!!
glitter-graphics.com
No comments:
Post a Comment
✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿