Mereka Di Sana

Thursday 2 February 2012

✿ Selamat Datang Februari ✿

Pantasnya masa berlalu, pagi ni datang ofis tengok kad punch kosong jer..dalam hati mamAuni ckp "apasal kad punch aku kosong ni"?Oooo..ooo baru sedar kad punch tu dah diganti, dah masuk bulan Februari dah hari ni ye..rasanya baru semalam je masuk tahun baru 2012.

Bila cek2 almanac, satu hari jer cuti umum bagi penjawat awam pada bulan ni iaitu sempena Maulidur Rasul@12 Rabiulawal 1433H@5 Februari 2012@Hari Ahad. Oleh sebab jatuh hari ahad, hari Isnin disiytiharkan cuti umum. Wah minggu depan kan, 4 hari jerlah kerja..best2. Tak tau lagi nak plan g mana. Nanti nak ajak ayah Auni jalan2 lah.

ada jgk tanda merah kan untuk bulan Feb..
Bulan Februari kali ni pasti mamAuni rasa sangat panjang juga. Nak tau kenapa? Bulan lepas dah dapat gaji awal dah, bulan ni lah yang rasanya siksa sikit nak tunggu gaji masuk kan..pengurusan kewangan bulan ni kena betul lah. Tak boleh soping moping benda2 tak penting tau.

Yup, mungkin jgk Hari Kekasih ataupun Valentine's Day yang jatuh pada 14 Februari hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih yang sedang asyik bercinta.Namun sebagai orang Islam, kita diharamkan untuk menyambut perayaan ini. Ini telah disahkan sendiri oleh Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang  memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. PKS menjelaskan amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan Islam kerana roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. So, kita sebagai umat Islam janganlah menghalalkannya dengan cara menyambut perayaan ini bukan sahaja untuk kekasih malah untuk keluarga dan rakan-rakan sekali.

Bulan Februari mungkin jgk akan cepat berlalu bagi sesetengah orang, akan datang bulan mac, april, mei, jun dan seterusnya..Selamat tinggal Januari 2012. Semoga bulan-bulan yang akan datang terus membawa kebahagian untuk mamAuni sekeluarga. Amin


glitter-graphics.com

15 comments:

  1. sekejap jer rasakan kak..
    sudah masuk febuari..
    :)

    ReplyDelete
  2. Lia >> tulah sekejap jer rasa, pejam celik, pejam celik, pasni masuk bln mac plak :)

    ReplyDelete
  3. xrasa dah masuk februari.. tinggal 11 bulan..cepat je berlalu k.. apepon kita harap bulan2 yang akan datang akan jadi bulan yang lebih baik kan kak..hihi

    ReplyDelete
  4. mak usu >>> betul tu dik, harap2 setiap bulan ada peningkatan diri jgk..:D

    ReplyDelete
  5. salam..
    thankz singgh blog nur.nur singgh sini n follow akk balik :)

    btoll mase berlalu terlalu pants...kdg2 tnpa kta sdri...

    ReplyDelete
  6. salam ukhwah..ahaa februari dtg lagii..tp kerja xtaw bila nk mai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya lau keja x mai2 lagi..meh dtg cni tlg wat keja..

      Delete
  7. Eza dah follow sini, dear.. Semoga februari ni buat akak lebih bahagia di samping family tersayang :)

    ReplyDelete
  8. amin
    semoga familt mamAuni sentiasa dilimpahi rahmatNYA :)

    ReplyDelete

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿