Mereka Di Sana

Monday, 20 February 2012

✿ Gigi Pertama ✿

Mencecah usia 7 bulan baby Auni dah tumbuh gigi dua kat bahagian bawah. Dek kerana pertumbuhan gigi tersebutlah dia dilanda demam. Ofkoslah sakit dan ianya msti menjadi detik yang paling tidak menyeronokkan bagi dirinya. Sebenarnya dari lahir sehingga sekarang rasanya ni adalah kali kedua dia demam. Kali pertama haritu balik dari Sabah, tapi time 2 rasanya taklah teruk sgt sekadar batuk2 ringan. Tapi kali ni suhu badannya antara 38ºC - 39ºC. Memang tak tidur malam mamAuni menjaganya. Badan dia kena selalu dilap dan pas lap mesti mamAuni akan cek suhu bagi memastikan suhu tak terlalu tinggi. Tidur dia pun x lena seperti selalu, asik terbangun jer n nangis2. Kesian nya tengok dia.. 

Antara simptom awal pertumbuhan gigi ni ialah air liur yang berlebihan..yup itu memang mamAuni akui. Sebagai ibu bapa memang tiada apa yang boleh mamAuni lakukan untuk menghilangkan rasa sakit akibat pertumbuhan gigi. Namun begitu, apa yang boleh dilakukan bagi mengurangkan sedikit kesakitannya adalah dengan memberikan gegelang gigit yang diletakkan di dalam peti es. 

Dalam masa seminggu, demam bby Auni makin surut walaupun kedua2 gigi tersebut belum keluar sepenuhnya. Harap2 untuk gigi2 yang seterusnya bby Auni tak demam lagi mcamni. MamAuni sebenarnya rasa tak sabar untuk mengabadikan gambar kenangan bby Auni dengan 2 gigi barunya..mesti comel kan:D
glitter-graphics.com

No comments:

Post a Comment

✿ mamAuni sangat berbesar hati boleh baca komen anda ✿